suria

Uyaina Arshad sedih abang sulung meninggal dunia di hari jadi ibu

Uyaina sangat mengakumi sikap Allahyarham yang sentiasa memberikan contoh terbaik kepada adik beradik.

PENGACARA dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar duka apabila abang sulungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal sekitar pukul 9 malam pada Khamis.

Uyaina yang memaklumkan berita sedih itu di laman Instagram turut meluahkan rasa terkilan apabila sambutan ulang tahun kelahiran ibunya, Siti Noor Farah Al-Wafa pada Jumaat (19 Ogos) yang sepatutnya disambut gembira kini bertukar duka.

"Mohd Attaful Uzair bin Arshad. Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi. Bertemu Sang Pencipta. Orang baik selalu pergi dulu.

"Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik. Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang," tulisnya di Instagram.

Untitled design (6)

Uyaina bersama ibunya yang seharusnya menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Ogos dengan gembira bertukar duka apabila anak sulungnya Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Misha Omar meninggal dunia, peminat banjiri ucapan takziah

Pada masa sama Uyaina juga mengagumi sikap Allahyarham yang sering memberikan tauladan yang baik kepada adik beradik.

"Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia sudah memberi contoh yang baik untuk kami adik beradik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama.

"Dia berjaya dalam pelajaran, kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik beradik berebut nak berbakti untuk Ummi," ujarnya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir Allahyarham yang juga berkhidmat sebagai seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Miza, Kuala Lumpur sempat meluangkan masa bersama keluarga dan mengakui risau keadaan Uyaina yang akan melahirkan anak nanti.

.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain