GARA-GARA pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk imej seorang wanita bertudung, penyanyi Masya Masyitah menerima kecaman netizen di media sosial. Pemakaian Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, menjadi perbualan selepas dia memuat naik foto mempromosikan lagu baharunya berjudul Simpanan di laman Instagram. Rata-rata pengikut mempersoalkan mengenai pemakaiannya berbanding lagu terbaharu itu. "Makin lama makin pelik fesyen dia ini. Tangkap layar komen netizen yang berasa tidak puas hati dengan penampilan Masya di Instagram. "Makin popular baju makin seram tengok. Dulu suka tengok sopan saja. "Walaupun ada baju di dalam tetapi macam tidak sesuai baju merah jambu itu untuk wanita bertudung. Maaf Masya. ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah beli rumah kedua hasil duit menang pertandingan... hasrat bawa keluarga tinggal sekali tercapai - “Kami tak perlu berjauhan lagi” "Pelik-pelik pakaian muslimah sekarang," antara komen netizen di Instagram. Dalam pada itu, ada juga pengikut menyangka Masya sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dalam gambar yang dikongsikan itu. Bagaimanapun tinjauan mStar mendapati lelaki berkenaan merupakan pelakon iaitu Hon Kahoe yang sebelum ini pernah membintangi filem Talentime dan telefilem Senafas Rindu. Lagu baharu Masya bertajuk Simpanan diilhamkan daripada kisah hidupnya yang sebenarnya. Dalam perkembangan lain, Masya baru sahaja muncul dengan single baharu berjudul Simpanan. Lagu ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves itu mengetengahkan rentak pop rancak serta memiliki elemen muzik K-pop. Pembikinan lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah hidupnya yang sebelum ini pernah mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI