suria

Tayang paha di KLFW2022, Elvina Mohamad mengaku silap pakai baju seksi... “Minta maaf, tidak semua orang boleh terima”

Elvina memohon maaf kerana menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat kerana pakaiannya yang dianggpa tidak sesuai.

SELEPAS menerima kecaman netizen kerana dikatakan berpenampilan seksi ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2022) di ibu negara baru-baru, pelakon Datin Elvina Mohamad tampil membuat memohon maaf berhubung isu berkenaan.

Menjelaskan mengenai pemakaiannya itu, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 27, memberitahu gaun putih itu dipakai hanya untuk majlis berkenaan dan bukanlah pakaian yang digayakan setiap hari.

"Saya berpakaian begitu hanyalah untuk KLFW2022 dan bukanlah memakainya untuk urusan harian lain.

"Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu," katanya.

Elvina berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang media drama Takdir Cinta Dhia yang diadakan pada Isnin.

Mengakui kesilapan diri, Elvina memohon maaf jika pemakaiannya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Untitled design (60)

Elvina memohon maaf atas kesilapannya yang mengenakan pakaian mencolok mata sehingga menimbulkan rasa kurang senang dan menutup ruangan komen di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Degupan jantung bayi terhenti, Elvina Mohamad alami keguguran pada usia kandungan cecah 3 bulan

"Salah saya sendiri. Tidak semua orang atau pengikut boleh terima saya berpakaian begitu. Maafkanlah saya andai ada yang tidak senang dengan apa yang berlaku.

"Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun baju itu hanya untuk acara tersebut," ujarnya.

Sebelum ini, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini menerima kecaman netizen selepas mengenakan pakaian yang dianggap mencolok mata.

Untitled design (59)

Elvina akui kesilapannya yang mengenakan pakaian sebegitu ketika hadir ke acara KLFW22.

Susulan kritikan itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya.

Dalam perkembangan lain, Elvina bakal muncul dalam drama Takdir Cinta Dhia yang akan ditayang mulai 12 September ini secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima.

Selain Elvina, drama ini turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Datuk Aaron Aziz, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis dan Nazrief Nazri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain