SELEPAS lapan bulan dilahirkan, wajah anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail masih lagi belum didedahkan kepada umum. Bagaimanapun tular sebuah video di TikTok mendedahkan kononnya wajah anak pasangan itu, Muhammad Bilal menerusi sebuah akaun menggunakan nama @bebelancikmin. Pemilik akaun itu memuat naik gambar seorang bayi comel selepas mendapat permintaan daripada pengikutnya yang mahu melihat wajah sebenar anak pasangan tersebut. Sebelum mendedahkan wajah 'anak' Neelofa, video itu memancing penonton dengan meletakkan foto Bilal yang pernah dimuat naik oleh pengacara itu tetapi tidak menunjukkan wajah tetapi bahagian badannya yang tembam. Wajah Bilal dikatakan mirip dengan sepupunya, Jebat Jayden. Video itu kemudiannya menunjukkan seorang wanita sedang mendukung bayi yang mempunyai bentuk badan hampir serupa dengan Bilal dan mendakwa itu adalah anak pasangan tersebut. Bagaimanapun menerusi ruangan komen, Neelofa dilihat meninggalkan komen dengan memberitahu bayi di dalam video tersebut bukan anaknya namun memuji bayi itu comel. "Hehe maaf semua, ini bukan Bilal. Tapi comel MasyaAllah," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bilal dah 6 bulan tapi masih belum tunjuk wajah, netizen kata ‘baik tak payah post kalau sorok’... Ini komen balas Neelofa! ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tutup wajah Bilal, Neelofa elak anak kena kerumun... Risau kesihatan mental terjejas Sementara itu, menerusi ruangan komen sama, seorang wanita dikenali sebagai Deeja menjelaskan bayi di dalam video tersebut adalah anak saudaranya. Gambar itu katanya diambil ketika mereka berkunjung ke kediaman bapa Haris, Datuk Seri Mohd Ismail Norbat ketika hari raya Aidilfitri yang lalu. “Maaf itu bukan Bilal. Itu gambar anak saudara saya sewaktu kami pergi rumah ayah Haris, Datuk Seri Ismail di Sri Petaling pada hari raya puasa tempoh hari,” jelasnya. Semoga Bilal menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, rata-rata netizen berteka-teki tentang wajah Bilal yang dikatakan persis seperti sepupunya Jebat Jayden iaitu anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila. “Bukan hahahaha sepet sikit tapi tak macam Jebat. Bilal muka macam Jebat, percayalah cakap aku.” “Bukan anak Lofa, tak sama langsung dengan baby haritu.” Sebelum ini, Neelofa dan Harris pernah berkongsi foto Bilal tetapi tidak pernah mendedahkan wajahnya kerana bagi mengelakkan penyakit ain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI