suria

Banyak kali kena ‘scam’ kerana simpati, Atu Zero hati-hati kongsi kerja amal di media sosial

Ada pihak yang mudah ambil kesempatan ke atas Atu.

DISEBABKAN rasa kasihan dan terlalu mudah percaya pada orang, pelawak Atu Zero mendedahkan pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat perbuatan scammer yang meminta wang di laman sosial.

Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, hatinya mudah tersentuh jika ada mana-mana pihak yang meminta bantuan disebabkan kesukaran hidup terutamanya apabila melibatkan seorang anak kecil.

“Saya dah banyak kali kena scam. Kalau ada yang hantar gambar anak dan beritahu hidup susah memang saya akan terus beri bantuan. Hati saya lemah bila tengok gambar kanak-kanak.

atu 2

Atu kini aktif melakukan kerja amal.

“Rasanya kalau dikira-kira sudah puluhan ribu ringgit saya kena tipu. Saya sedar apabila isteri juga menerima mesej sebegitu dan cara mereka mereka meminta bantuan sama sahaja,” katanya kepada mStar.

Atu memberitahu dia akan menerima mesej meminta bantuan setiap kali dia memuat naik gambar atau video melakukan kerja-kerja amal di media sosial.

Justeru disebabkan itu, dia memilih untuk jarang berkongsi sebarang aktiviti harian kerana bimbang ada pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap peserta ketandusan idea, Awie harap tiada lagi sentuh isu agama dan ‘body shaming’ di pentas akhir MLS3

ARTIKEL BERKAITAN: Nama sering kena ‘petik’ jadi bahan lawak, peguam cadang Iqbal Zulkefli ambil tindakan undang-undang

“Isteri selalu cakap untuk kongsi apa sahaja aktiviti di media sosial. Bukannya untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi dan mungkin boleh jadi satu pengajaran kepada orang lain.

“Tetapi apabila saya kongsi, banyak pula terima mesej meminta bantuan dari orang yang tidak dikenali dan mungkin juga mereka adalah scammer,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Atu kini terlibat sebagai salah seorang mentor dalam program terbaharu Raja Lawak Awesome yang bersiaran di saluran Awesome TV pada setiap hari Rabu pukul 9 malam.

Hati saya lemah bila tengok gambar kanak-kanak

ATU ZERO

PELAWAK

Seronok dapat berkongsi ilmu dengan pelapis baharu dalam dunia persembahan, Atu bagaimanapun berharap mereka dapat mencari idea dan peluang sendiri apabila mula melibatkan diri dalam industri seni nanti.

“Bukan sahaja mengajar mereka, saya juga dapat belajar sesuatu yang baharu daripada mereka apabila berkongsi ilmu. Saya gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk turunkan ilmu sebab sekarang ini kita semakin hilang pelapis dalam dunia lawak.

“Bagaimanapun saya tidaklah berikan semuanya sebab mereka juga akan jadi pesaing satu hari nanti. Biarlah mereka cari idea dan peluang sendiri suatu hari nanti,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain