suria

“Sungguh tidak sensitif” - Zarina Zainuddin murung seharian, menangis tonton video remaja persenda anak autisme

Video yang dimuatnaik oleh seorang remaja buat Zarina murung seharian.

PELAKON Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan seorang remaja melakukan aksi seolah-olah mempersendakan anak autisme di media sosial.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Zarina berkata perkongsian individu berkenaan memberikan kesan terhadapnya sehingga dia mengalami kemurungan selepas menonton video tersebut.

"Saya dapat video tersebut apabila ada seseorang yang mengirimnya kepada saya dan kemudian saya lihat akaun remaja tersebut di TikTok. Saya rasa amat sedih sekali.

zarina 2

Zarina sedih ada yang mempersendakan kekurangan anaknya.

"Selepas menonton video itu saya jadi murung. Air mata saya tak berhenti. Malah ketika sedang bersiap untuk kerja pun saya masih menangis," katanya kepada mStar.

Suara Zarina ketika dihubungi pada Isnin turut kedengaran teresak-esak meluahkan rasa sedih dengan tindakan keterlaluan remaja lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi detik cemas tayar pecah di lebuhraya, Zarina Zainuddin paut stereng sekuat hati elak lori

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk cium anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas - “Anak saya tak ada nafsu yang begitu”

Sebelum itu, menerusi laman Instagram Zarina memuat naik video remaja melakukan aksi di luar kawalan seorang anak autisme sama seperti yang sering terjadi kepada anaknya iaitu Azil.

Dalam pada itu, aktres ini turut menjelaskan tindakannya membawa Azil ke sesebuah acara kerana tiada orang yang boleh menjaga di rumah.

Selepas menonton video itu saya jadi murung. Air mata saya tak berhenti

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

"Remaja yang mengejek kelakuan Azil ini bagi saya sungguh tidak rasa sensitif pada nasib seseorang.

"Saya bawa Azil ke sebuah majlis, masa pelancaran berlangsung dia okay sahaja sehinggalah dihidangkan minuman bergas.

"Dia jadi hiper dan terus mengamuk. Saya minta maaf kepada semua," tulisnya.

Azil yang kini berusia 26 tahun merupakan penghidap autism dan turut memiliki seorang kembar iaitu Azal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain