suria

Sarat mesej nasihat, Faizal Tahir jentik hati pendengar melalui ‘Santai’... “Idea ini datang secara spontan”

Faizal Tahir muncul dengan lagu baharu berbentuk nasihat dan teguran.

MENGILHAMKAN Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, penyanyi dan komposer Faizal Tahir sekali lagi 'bersuara' menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai.

Menurut Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 43, penghasilan lagu Santai bersama Ezra Kong ini hadir secara spontan dan berbentuk nasihat untuk pendengar.

"Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan santai dalam satu sesi menulis lagu.

"Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhannya adalah berdasarkan sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam membuat atau mendapatkan sesuatu. Malah, sikap tergesa-gesa manusia ini sudah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran," katanya.

4

Lagu terbaharu Faizal Tahir bertajuk Santai.

Sementara itu, Faizal memberitahu Santai lebih istimewa apabila tidak hanya memberikan fokus kepada komposisi lagu sebaliknya mengutamakan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

"Kelebihan lagu Santai ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya.

"Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat," tambahnya.

Dalam pada itu, Faizal berpendapat kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang begitu dekat dengan kehidupan seharian.

Baginya ini cara terbaik dalam memberi kesedaran dan nasihat buat diri sendiri termasuklah orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman ubah hidup Faizal Tahir, lebih bersemangat dalami al-Quran... Sudah cuba hubungi beberapa kali tapi tidak berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Anas Ridzuan belum terfikir jadi penyanyi, imbau kenangan dididik Faizal Tahir 10 tahun lalu

"Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu.

"Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, Faizal menjelaskan bahawa lagu Santai ini bukan bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.

Lagu ini membawa getaran yang sangat mudah dihadam.

FAIZAL TAHIR

PENYANYI & KOMPOSER

"Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih direct dan straightforward mengenai ragam kehidupan suami isteri.

"Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh diguna pakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita.

"Bekerjasama dengan Ezra Kong adalah peluang yang memang sudah lama saya tunggu memandangkan Ezra dan saya masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

"Dia tahu apa yang dia mahu dan apa yang perlu untuk mendapatkan yang terbaik daripada penyanyi. Memang saya cari peluang untuk bekerja dengan yang terbaik," jelasnya.

2

Santai lagu berbentuk nasihat dan teguran.

Sementara itu, Ezra selaku penerbit lagu Santai berkata karya ini cukup dekat dalam kehidupan seharian dan setiap mesej yang cuba disampaikan boleh dijadikan iktibar.

"Lumrah kehidupan masa kini membuatkan kita menjadi semakin serakah dan terdesak untuk memperoleh kekayaan dunia dalam waktu yang paling singkat.

"Sebenarnya, wang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, berpoligami hanyalah selingan sementara daripada kesengsaraan dan realiti yang perlu dihadapi setiap insan.

"Sebab itu dalam lagu ini, Faizal menyeru agar kita selalu santai dan tidak bertindak secara terburu-buru. Kuda yang tua memanglah tak laju seperti dulu, namun tetap steady dan padu,” katanya.

Lagu yang diterbitkan oleh Faithful Music boleh didengari di semua platform digital manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain