suria

“Saya dah nampak dari awal” - Roy Kapilla sudah jangka tersingkir GV9, bukan mudah bersaing dengan penyanyi muda

Roy Kapilla akui banyak kesilapan dalam persembahan punca tersingkir.

PENYANYI Roy Kapilla seakan-akan sudah menjangka akan tersingkir pada minggu kedua program nyanyian Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang bersiaran langsung pada malam Ahad.

Menurut Roy atau nama sebenarnya Saufi Abdullah, 54, penyingkiran itu diibaratkan melepaskan satu beban yang dipikul selama dua minggu berada dalam pertandingan tersebut.

"Ya memang saya rasa. Dalam rakan-rakan artis sini pun saya yang lebih tua. Saya bangga dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak GV.

Roy Kapilla syukur dapat rasa pentas GV.

"Rasa cukup bertuah dapat berada di pentas GV yang besar dan begitu hebat sekali," katanya kepada mStar.

Roy berkata sedemikian ketika ditemui sejurus penyingkirannya dalam program berkenaan yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad.

Kata Roy lagi, dia sudah boleh menjangka perjalanannya itu dari awal menyertai GV9, lebih-lebih lagi apabila perlu bersaing dengan barisan penyanyi hebat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian nampak tak ‘natural’, Roy Kapilla peserta pertama tersingkir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang GV9 dibuka dengan persembahan bertenaga 13 peserta, senarai lagu minggu kedua buat ramai tak sabar!

"Sebenarnya saya sudah tahu dan saya sudah nampak daripada awal. Tapi saya keraskan semangat datang juga.

"Saya sudah tahu apa yang saya lakukan di atas pentas. Apabila saya k ebelakang saya sudah tahu, tak perlu tertanya-tanya kemana saya akan pergi," ujarnya.

Ditanya dimana silapnya sehingga tersingkir dalam minggu kedua ini, Roy dengan tenang menjawab bahawa pihaknya sudah tahu persembahannya malam tadi tidak memuaskan.

"Memang banyak yang tidak okay seperti yang dikatakan Tok Ram (Datuk Ramli MS) adalah betul. Memang seratus peratus betul," jelasnya.

Saya sudah nampak dari awal.

ROY KAPILLA

PESERTA GV9

Berkongsi perancangan selepas ini, Roy memaklumkan dia melihat rakan-rakan artis lain yang pernah menyertai GV menerima banyak peluang menyanyi dan kembali aktif.

"InsyaAllah kalau diberi kesihatan! Kita tengok rakan-rakan artis yang lepas apabila pulang dari GV memang banyak jemputan untuk program-program dan persembahan," jelasnya.

ASTRO_7380

Roy akan teruskan nyayian dalam mana-mana undangan selepas ini.

Sementara itu, juri tetap Datuk Ramli MS turut mengulas mengenai penyingkiran Roy di minggu kedua ini.

"Lagu itu dia tidak seiring dengan nyanyian dia. Yang dijuri adalah nyayian dia, muzik mengiringi nyanyian dia, sepatutnya seiring," katanya.

Untuk rekod, penyanyi Tomok mendapat markah tertinggi sebanyak 80 peratus diikuti Hazrul Nizam (79.80) dan Shila Amzah (78.90).

Manakala lapan peserta lain yang turut layak mara ke minggu ketiga ialah Jaclyn Victor, Dina Nazir, Bob Yusuf, Pat Candy, Haida Hasnan, Asheed Def Gab C, Tom, Fuad Rahman dan kumpulan VE.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain