PELAKON Miera Leyana berkongsi khabar duka pemergian bapanya iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Asrat yang meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada pukul 11.06 malam, Selasa. Miera menerusi satu kenyataan berkata, dia mewakili ahli keluarga memohon maaf kepada semua yang mengenali arwah bapanya dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. "Dengan rendah hati dan duka cita, saya ingin maklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Miera turut berkongsi khabar duka tersebut di Instagram. "Saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halalkan segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya. "Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti... Insya Allah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Qi Razali meninggal dunia Sementara itu, menurut Miera, jenazah bapanya ketika ini berada di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Miera turut dilihat berkongsi semula ucapan takziah daripada rakan-rakannya di Instagram miliknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI