suria

Terlalu penat bekerja... Maya Karin diserang anxiety di set penggambaran

Maya menerima bantuan oksigen selepas tiba-tiba diserang anxiety.

PELAKON Maya Karin berkongsi pengalaman diserang anxiety atau kebimbangan melampau di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram pada pagi Selasa.

Menurut Maya, 42, dia sendiri pelik kerana kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba ketika dia sedang melakukan sebuah babak di dalam air.

"Anxiety menyerang saya lagi ketika penggambaran babak dalam air.

maya karin 2

Maya sudah berdepan dengan masalah anxiety sejak lapan tahun lalu.

"Saya terpaksa berehat seketika sekitar pukul 3 pagi dan mengambil oksigen. Nasib baik ada pasukan perubatan di set.

"Itu yang pelik, bukanya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin terlepas peluang bintangi Crazy Rich Asian dengan Henry Golding gara-gara diserang anxiety ketika uji bakat

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin takut menyanyi ‘live’ di pentas, bimbang diserang anxiety

Maya berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Tambah Maya lagi keadaan dirinya yang kurang rehat juga dipercayai menjadi punca diserang penyakit tersebut.

Badan dan otak saya penat. Otak saya macam 'jem' bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam

MAYA KARIN

PELAKON

"Antara punca semalam adalah terlalu penat disebabkan jadual kerja yang pada di Singapura dan terus sahaja ke set penggambaran untuk melakukan babak dalam air.

"Badan dan otak saya penat. Otak saya macam 'jem' bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam," ujarnya.

Maya sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain