PENYANYI Fieya Julia meluahkan rasa sedih apabila dinasihatkan oleh doktor untuk berehat daripada aktiviti nyanyian sehinggalah keadaan tekaknya pulih seperti sedia kala. Atas saranan pakar perubatan itu, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali, 22, berkata dia terpaksa berehat selama sebulan dan mengurangkan komunikasi dengan orang lain. "Doktor cakap saya sepatutnya tidak boleh menyanyi ketika roadshow baru-baru ini, kerana apabila menyanyi ia akan membuat tekak koyak dan tonsil semakin teruk," katanya pada mStar. Fieya Julia rehat nyanyian sementara ikut saranan doktor. Berkongsi keadaan terkini, Fieya berkata keadaan kesihatannya semakin baik, namun masih sukar untuk bercakap dan perlu menarik nafas panjang apabila berbual. "Sekarang ini dah tak rasa bengkak tapi macam koyak, jadi doktor sarankan untuk kurangkan menyanyi dan bercakap dalam tempoh sebulan. "Tekak tidak boleh guna banyak, nak menyanyi biasa-biasa pun tak boleh nak kawal dah. ARTIEKL BERKAITAN: Kurus dituduh ambil ‘barang’, berisi dikatakan sudah berkahwin... Fieya Julia abai kata-kata nakal netizen ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur badan berisi dan pakai tudung sebab berkahwin buat Fieya Julia rasa ‘down’ "Kali terakhir menyanyi masa dekat Limbang beberapa hari lalu. Itu pun nyanyi dengan low key tak macam lagu original," ujarnya. Fieya Julia duduk rumah kurangkan berkomunikasi dengan orang. Sebelum ini, Fieya berkongsi di Instastory miliknya memberitahu dia terpaksa berhenti menyanyi buat sementara waktu sekiranya ingin mendapatkan kembali suara asal. "Sedihnya doktor cakap saya tidak boleh menyanyi selama satu bulan, doktor cakap kalau betul-betul nak sihat dan kembalikan suara macam dulu kena berhenti menyanyi buat sementara waktu," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI