suria

Aiman Tino mula sedar bahaya hisap vape, derita 3 minggu batuk teruk… “Mujur tak kena tebuk paru-paru”

Sakit yang dialami baru-baru ini membuatkan Aiman sedar tentang akibat penggunaan vape.

JANGKITAN kuman pada bahagian paru-paru yang dialaminya baru-baru ini bagaikan satu peringatan buat penyanyi Aiman Tino untuk tidak lagi meneruskan tabiat menghisap rokok elektronik.

Mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 24, turut menasihati orang ramai supaya menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

"Sebelum ini hanya dengar kisah orang sahaja tentang akibat penggunakan vape, sekarang ini terjadi kepada diri sendiri. Mujurlah paru-paru saya tidak ditebuk kerana kata doktor masih belum kronik.

aiman tino 33

Masalah batuk yang dihidapi turut mengganggu vokal Aiman.

"Ketika menerima rawatan doktor juga beritahu ramai yang mengalami masalah sama... ini merupakan satu pengajaran buat saya.

"Jadi kepada semua orang ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku ini. Mungkin saya tidak boleh nak halang semua orang hisap vape, tetapi haruslah beringat soal kesihatan diri sendiri," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Selasa.

Aiman sebelum ini dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu dan dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Syak jangkitan kuman paru-paru disebabkan tabiat hisap vape, ibu minta Aiman Tino berubah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Parut di punggung masih ‘rasa’ pedih, Fuad Rahman serik disebat! - “Mak saya pun tak pukul macam itu”

Berkongsi mengenai masalah kesihatannya itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini memberitahu dia mula berdepan masalah sakit tekak sejak tiga minggu lalu.

Gara-gara batuk teruk, Aiman berkata ia mengganggu vokal nyanyiannya sekaligus tidak dapat membuat persembahan dengan baik di atas pentas.

"Sebelum menerima rawatan di hospital, saya sudah tiga minggu batuk tak henti. Disebabkan itu juga menjadi punca kepada jangkitan kuman pada paru-paru.

Disebabkan masalah ini saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan key ketika membuat persembahan baru-baru ini

AIMAN TINO

PENYANYI

"Selain itu tabiat berkongsi vape juga menjadi satu sebab kerana penyebaran virus lebih mudah melalui mulut.

"Disebabkan masalah ini saya sukar untuk bernafas dan terpaksa turunkan key ketika membuat persembahan baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Aiman berkata dia kini dalam tempoh pemulihan dan masih mengambil ubat-ubatan serta perlu menjalani pemeriksaan susulan selama beberapa minggu lagi.

aiman tino 22

Ibu Aiman, Riena harap anaknya dapat hentikan tabiat hisap vape.

"Sekarang ini saya masih berehat di rumah emak. Memang macam-macam petua dia suruh saya amalkan seperti minum air asam jawa. Saya juga dikehendaki menjalani pemeriksaan susulan. Semoga tidak ada sebarang masalah serius.

"Hal kerja juga tak boleh nak tinggal terus. Saya masih lagi akan memenuhi undangan menyanyi kerana sudah berjanji dengan pihak penganjur," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain