PASANGAN selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin meluangkan masa melawat mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin yang berada dalam keadaan koma akibat dipukul oleh suaminya sendiri. Adik kepada Jahidah iaitu Fauziah Nordin memberitahu Fazura tidak dapat menahan air mata apabila melihat keadaan kakaknya yang hanya terlantar di atas katil dalam keadaan tidak bermaya. Disebabkan itu juga, Fattah terpaksa memujuk isterinya itu yang tidak sanggup melihat keadaan wanita malang berkenaan. "Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia menangis dekat luar bilik kerana tidak sanggup melihat keadaan Jahidah. Fazura dan Fattah Amin datang melawat Jahidah. "Suaminya terpaksa pujuk agar kuatkan hati untuk tengok kakak saya," katanya. Perkara itu dikongsikan Fauziah menerusi hantaran di Facebook ketika pasangan selebriti terkenal itu datang menziarah kediaman keluarganya di Sendayan, Negeri Sembilan pada Khamis. Dalam pada itu, Fauziah turut memuji pasangan berkenaan yang disifatkan sebagai peramah dan merendah diri kerana sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata ingin menziarahi dan mengetahui perkembangan terkini Jahidah dan anak lelakinya yang kini berusia 11 bulan. ARTIKEL BERKAITAN: “Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?” - Izara Aishah tegur netizen sibuk laga-lagakan Fazura dan Neelofa ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ‘kembar’ dengan pelukan! Netizen kagum Fazura ‘humble’ layan wanita seiras... “Baik betul, patut la fans sayang dia” "Baiknya hati Fazura, Fattah dan pasukannya datang melawat Kak Jahidah walaupun mereka orang terkenal tapi sangat merendah diri sanggup datang melawat kakak dan Nufail (anak Jahidah). "Rezeki dapat bertemu Fazura dan Fattah, memang merendah diri sangat pasangan ini, peramah dan tidak kekok bergaul. "Terima kasih Fazura, Fattah Amin dan pasukan Mukmin Pro sudi datang melawat," katanya. Keadaan Jahidah selepas dipukul suami. Pada kunjungan itu, Fazura dan Fattah serta pihak Mukmin Pro turut dilihat membawa beberapa barangan keperluan selain menghadiahkan tudung kepada keluarga Jahidah. Media pada Mei tahun lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021. Ketika kejadian, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan mereka sekeluarga tidak dapat menikmati Aidilfitri seperti orang lain kerana keadaan Jahidah yang kritikal ketika itu selain sedang hamil anak pertama. Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI