RAMAI makan hati apabila melihat pelakon Hairul Azreen berpeluang bertemu dengan juara dunia MotoGP enam kali iaitu Marc Marquez di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu lalu. Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, bukan sahaja dapat bergambar dengan Marc tetapi turut memuat naik video sedang berbual dengan bintang MotoGP berkenaan. Menerusi hantaran sebuah video di Instagram miliknya, Hairul meminta Marc berkata sesuatu untuk para pengikutnya. Hairul bergambar kenangan dengan Marc. Namun apa lebih mengejutkan, Marc memberitahu dia mengenali Hairul sebagai seorang pelakon popular di Malaysia. "Saya tahu awak seorang yang terkenal... Teruskan berusaha, jangan pernah mengalah," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tempah satu pesawat bawa staf bercuti, ramai tawar diri ikut sama...“Abang, banyak lagi seat kosong” ARTIKEL BERKAITAN: Percutian mewah jadi tarikan, peminat syak Hairul Azreen Sultan Pemurah Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata peminat MotoGP bersama cemburu apabila Hairul berpeluang mendekati Marc dan muncul dalam video bersamanya. Ada turut menyifatkan Hairul sebagai mahaguru kerana berjaya mendapat perhatian pelumba berkenaan yang sememangnya bukan mudah. "Macam itu sahaja dia buat member (kawan) dengan Marc. Ini level mahaguru! Ramai cemburu melihat Hairul dapat bertemu dengan bintang MotoGP itu. "Anak saya tujuh tahun peminat Marc sampai gelarkan diri dia Muiz Marquez. Minat sejak umur tiga tahun. "Pergh, dia buat macam adik-beradik. Senang sahaja jumpa macam itu," komen netizen. Terdahulu, perlumbaan Grand Prix Malaysia 2022 diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 hingga 23 Oktober lalu. Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia muncul sebagai juara manakala Marc yang merupakan pelumba Honda berada di kedudukan ketujuh secara keseluruhan. View this post on Instagram A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI