suria

Balu Bob Lokman jual bubur lambuk dan serunding demi kelangsungan hidup, anak terharu arwah bapa masih diingati 

Lukman dan Rayyan terharu masih ada mengingati bapa mereka.

SEJAK pemergian Allahyarham Bob Lokman pada 23 September lalu, balunya Relawati Daud kini menjalankan perniagaan mengambil tempahan bubur lambuk dan serunding bagi menampung kehidupan keluarga.

Anak keempat arwah iaitu Ahmad Rayyan, 16, memberitahu perniagaan tersebut telah lama diusahakan sejak bapanya masih hidup dan kini diteruskan oleh ibu dan abang sulungnya.

"Sejak pemergian Allahyarham, kami sekeluarga ada mengalami fasa naik turun dalam kehidupan tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

"Ibu dan abang sulung kini menjalankan perniagaan mengambil tempahan bubur lambuk dan serunding. Perniagaan ini ayah dah buat sebelum ini, kami hanya sambung.

WhatsApp Image 2022-10-28 at 11.09.39 PM

Rayyan menerima sumbangan bagi pihak keluarga.

"Keadaan mak pula semakin baik walaupun masih bersedih dengan kehilangan tapi dia reda dengan pemergian ayah," katanya kepada mStar.

Rayyan ditemui pada Majlis Malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN : Bob Lokman meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN : Bapa pernah bantah jadi artis... anak Bob Lokman masih ingat pesanan terakhir arwah

Pada acara itu pihak penganjur turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga Allahyarham dan Rayyan bersama adiknya Ahmad Lukman, 10, hadir bagi mewakili keluarganya.

Kerajaan negeri turut memberi sumbangan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Artis Veteran Malaysia sebanyak RM15,000.

Sumbangan diserahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan turut dihadiri oleh exco kerajaan negeri tersebut.

Dalam pada itu, Rayyan meluahkan rasa terharu apabila jasa arwah bapanya masih dikenang dan diingati oleh banyak pihak.

Bob

Bob meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung.

"Saya rasa terharu dan terkejut sebab kami ingatkan selepas ayah meninggal dunia, semua akan senyap dan tiada orang lagi nak sebut mengenainya.

"Tapi tiba-tiba ada sumbangan ini... terima kasih banyak kepada kerajaan negeri Kelantan atas sumbangan," katanya.

Terdahulu, Bob atau Mohd Hakim Lokman, 58, meninggal dunia di Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi penyakit jantung pada 23 September lalu.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain