suria

[V] Kerap main badminton bersama, Amir Masdi jawab hubungan sebenar dengan Shila Amzah

PENYANYI Amir Masdi tidak terkejut apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan Shila Amzah ekoran mereka sering meluangkan masa bermain badminton.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 26, berkata, dia menyifatkan gosip berkenaan sebagai perkara biasa memandangkan kedua-dua mereka adalah selebriti.

"Bagai saya ia perkara normal apabila orang melihat seseorang yang mereka idolakan bersama, pasti timbul persoalan termasuklah sama ada kami bercinta.

"Saya dan Shila tidak pernah bercakap mengenai isu yang timbul kerana tiada apa yang berlaku.

amir 1

Amir belum sedia cari teman wanita.

"Malah kami hanya berhubung bila perlu seperti berkaitan urusan kerja atau nak ajak main badminton," katanya kepada mStar.

Amir ditemui ketika majlis penyampaian Anugerah Dekan yang diperoleh sepanjang pengajian dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) di Damansara pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin, Tomok, Pekin Ibrahim antara 28 penggiat seni berjaya tamat pengajian di UUM, siap dapat anugerah dekan!

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi lega ‘Sekuntum Mawar Merah’ versinya dapat persetujuan Ella

Menegaskan batasan hubungan dengan Shila hanyalah sekadar kawan biasa, Amir juga tidak akan menyembunyikan hubungan baik tersebut kerana tiada apa yang istimewa antara mereka berdua.

“Kami tidak bercinta. Orang buat andaian sebab kami rapat apabila dilihat bermain badminton bersama. Ada juga rakan-rakan artis lain turut serta. Kami hanya kawan biasa.

Saya mahu stabilkan kerjaya dan baru fikir tentang kahwin.

AMIR MASDI

PENYANYI

“Saya pun tak perlu nak cover hubungan kami. Dengan kawan wanita lain pun saya buat seperti biasa sahaja,” ujarnya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Kau Sakiti ini juga menjelaskan status dirinya kini masih solo dan tidak terburu-buru mencari teman wanita.

amir 3

Amir berjaya memperoleh Anugerah Dekan dalam pengajian di UUM.

Malah jika ada yang mahu mendekatinya, Amir akan memberitahu dia masih belum bersedia untuk terikat dengan sebarang komitmen hubungan.

“Buat masa sekarang saya masih single dan belum sedia untuk mencari. Banyak lagi perkara yang perlu saya selesaikan termasuk mahu stabilkan dahulu kerjaya dan baru fikir tentang kahwin.

"Kalau ada yang hantar mesej mahu dekat saya tidak akan layan dan jika bertemu secara depan saya akan beritahu sekarang ini belum bersedia untuk komitmen,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain