suria

Lutut tercedera ketika penggambaran, Elly Mazlein tetap hoskan GV9... bangun dari kerusi roda demi Fuad Rahman

Elly Mazlein berkerusi roda mengacarakan GV9.

MESKIPUN mengalami kecederaan lutut, Elly Mazlein tetap tampil bersemangat melunaskan tanggungjawab sebagai hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu ketujuh pada malam Ahad.

Tidak hanya itu, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina dilihat cukup lincah ketika membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Senyuman Ragamu bersama pengacara gandingannya, Nabil Ahmad meskipun duduk menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun, Kak Lina menggamatkan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) apabila dilihat bangun daripada kerusi rodanya selepas Fuad Rahman selesai mengadakan persembahan untuk memberikan sokongan.

gd

Elly memaklumkan keadaan dirinya di Instagram.

Terdahulu, Kak Lina menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia mengalami kecederaan ketika sedang melakukan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tomok tak simpan ‘taring’, Ramli MS bagi markah tertinggi sepanjang musim GV

ARTIKEL BERKAITAN: Perjuangan Pat Candy terhenti di minggu kelima GV9, Jaclyn Victor sekali lagi dapat markah tertinggi

Kak Lina turut berterima kasih kepada pengarah Shahrulezad dan Fazli Bahrom serta krew produksi daripada Radiusone yang memberi rawatan segera selepas kemalangan berkenaan.

GV9 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain