PENDATANG baharu dalam industri muzik iaitu Stellar menjadi beberapa kumpulan wanita yang berjaya mencipta nama seperti De Fam dan Dolla seagai pembkar semangat untuk mengikut jejak langkah kejayaan mereka. Farisa selaku wakil bagi kumpulan Stellar berkata, kejayaan kumpulan wanita berkenaan mencipta nama membuatkan mereka yakin kehadiran mereka juga dapat diterima baik peminat. "Kejayaan kumpulan wanita seperti Dolla, De Fam dan lain-lain memberi semangat kepada kami untuk tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa kami juga dapat melakukannya. Stellar cabar diri dalam industri muzik dan mahu berjaya mencipta nama "Kami berempat juga sentiasa berpegang pada prinsip, 'kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?," katanya. Stellar bakal muncul dengan single pertama berjudul Where You Wanna Go pada November ini terbitan Sony Music Entertainment Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: “CL pun pakai jaket labuh”... Dolla kunci mulut isu berpakaian seksi, pihak pengurusan akan buat kenyataan ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi... Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian Selain Farisa, Stellar turut dianggotai oleh Hany, Hasya dan Sheena. Dalam pada itu, Hany pula memberitahu bukan mudah bergelar artis baharu tetapi mereka mempunyai keistimewaan serta keunikan tersendiri dalam mencipta nama sebagai penyanyi berkumpulan. Jelas Hany, Stellar sudah bersedia untuk berdepan dengan dunia hiburan sekali gus mempelajari perkara baharu dan menerima teguran sekiranya ada melakukan kesilapan. Stellar bakal muncul dengan single pertama berjudul Where You Wanna Go "Kami masih baru tetapi kami berani dan yakin untuk berdepan dengan dugaan yang akan datang nanti. "Stellar juga sedia menerokai pelbagai perkara baru tentang industri muzik dan menjadikan ia lebih baik. "Kami juga bersikap terbuka dalam menerima teguran jika ada membuat salah dan bersedia untuk memperbaikinya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI