suria

Baju disamakan macam ikan laga... Neelofa gelak besar baca komen netizen

Busana Neelofa dan Mira Filzah disamakan dengan ikan laga.

PENAMPILAN dua selebriti popular Neelofa dan Mira Filzah dalam program bual bicara Next To Neelofa musim kedua menarik perhatian netizen di media sosial.

Ia selepas kedua-duanya tampil mengenakan baju jubah berwarna merah dan biru dilihat seakan-akan seperti ikan laga.

Terhibur melihat foto yang tular itu, Neelofa menerusi satu hantaran di akaun Instagram MeleTOP tergelak membaca komen netizen itu dan turut menulis pantun mengusik peminatnya.

"Hahahahaha saya pun gelak.

"Pen merah pen biru, you marah I love You," tulisnya pada ruangan komen.

lofa1 - 1

Komen netizen yang menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa enggan terlibat program TV perlu tampil berdua dengan selebriti lelaki... "Tanggungjawab sebagai isteri dan maruah suami"

ARTIKEL BERKAITAN: Isu pemakaian kembali ditimbulkan, Neelofa kata suami 'approve' dulu setiap penampilannya

Sebelum ini, tular foto Neelofa selaku pengacara program berkenaan bersama tetamu jemputannya Mira Filzah.

Gambar tersebut menjadi bualan kerana pakaian yang dipakai oleh kedua-dua pelakon tersebut dilihat seperti ikan laga.

Mira memakai jubah merah dan Neelofa pula cantik mengenakan baju biru kembang.

lofa2 - 1

Neelofa dalam program bual bicara Next To Neelofa.

Rata-rata netizen memberi komen menghiburkan dan ada juga mengatakan pakaian mereka bersesuaian dengan penampilan wanita berhijab.

"Hahaha auto gelak. Cantik pula ikan laga ni kan?

"Ingatkan aku seorang sahaja yang nampak mereka macam ikan laga.

"Terima kasih buat saya gelak hari ini," tulis netizen.

Untuk info, Neelofa kembali dalam bidang pengacaraan menerusi sebuah program bual bicara Next To Neelofa yang bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (124).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain