suria

“I know the truth” - Mas Khan minta jangan buat spekulasi kenyataan polis tentang kematian Syazlin Zainal

Mas Khan sempat beri penghormatan terakhir pada arwah Syazlin.

SEJAK khabar duka mengenai pemergian pelakon Syazlin Zainal Khamis lalu, ramai rakan selebriti melahirkan rasa terkejut dan berkongsi kebaikan Allahyarham.

Aktor Mas Khan turut tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir buat Syazlin apabila turut hadir pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 pada malam Jumaat.

Kata Mas atau Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan, dia cemburu melihat pemergian arwah yang dihadiri ratusan orang yang menunjukkan ramai terkesan dengan kematiannya.

"Ramainya orang yang hantar Alin (panggilan Syazlin), cemburu Mas tengok. Mas belum tentu dapat macam Alin. Ramai orang sayang Alin. Rehat okay.

Mas Khan minta orang ramai hentikan sebarang spekulasi.

"Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin," tulisnya di Insta Story.

Dalam pada itu, aktor berusia 28 tahun itu turut memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kematian arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah pinjamkan awak hanya sekejap” - Teman lelaki reda pemergian Syazlin Zainal, tak akan lupa semua kenangan bersama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ucapan hari jadi untuk abang petanda Syazlin Zainal nak ‘pergi’... “Janji mahu jumpa tapi jasad yang tiba”

Mas mendakwa dia mengetahui kebenarannya namun meminta orang ramai agar mendoakan buat sahabatnya itu.

"Kenyataan polis telah pun disebarkan dan media pun dah update dekat media sosial. Kalau nak tahu baca sahaja kenyataan berkenaan.

I know the truth. Doa baik-baik untuk arwah tapi tolong ambil berat fasal orang di sekeliling anda.

MAS KHAN

PELAKON

"Tapi saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan itu. Jangan sebarkan fitnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya.

"I know the truth. Doa baik-baik untuk arwah tapi tolong ambil berat fasal orang di sekeliling anda. Sokongan itu sangat penting," katanya.

Pelakon Syazlin dilaporkan maut pada Khamis.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan arwah maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Untuk rekod, arwah pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain