suria

“Saya tak mahu susahkan awak dunia dan akhirat” - Ucapan ulang tahun ke-16 perkahwinan Noorkhiriah buat suami undang sebak

Noorkhiriah titip ucapan buat suami tercinta.

PELAKON Noorkhiriah meluahkan rasa bersalah apabila suaminya, Azfaizul Ahtan terpaksa menanggung dosa dilakukan sejak mereka berkahwin 16 tahun lalu.

Noorkhiriah, 43, berkata, sebagai isteri dia enggan menyusahkan suaminya malah dirinya turut terasa 'sakit' apabila Azfaizul terpaksa menanggung semua kesalahannya.

"Teruskan doakan saya, sakitnya bila awak terus menanggung dosa saya. Semoga Allah tarik saya ke jalan kebenaran. Saya tidak mahu susahkan awak dunia dan akhirat," katanya.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu sebagai sebahagian ucapan bersempena ulang tahun perkahwinan ke-16 mereka pada Jumaat di Instagram.

Noorkhiriah syukur perkahwinan cecah 16 tahun.

Menerusi perkongsian berasingan, Noorkhiriah turut memohon maaf kepada suami atas semua kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

Jelasnya dalam hantaran tersebut, dia banyak melakukan kesalahan dan mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan suaminya di dunia serta akhirat kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah rangkul anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik di ASA2022... “Tak sangka sebab ramai pesaing hebat!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kalau tiada ‘job’, Noorkhiriah harap anak tak ikut jejak langkah jadi pelakon

"Pakaian suami adalah pakaian isteri, genap 16 tahun awak jadi imam saya di Jumaat yang mulia lagi berkah ini. Kurang lebih saya minta maaf. Saya ini banyak salah daripada betul.

"Untung saya dapat awak dan jangan rugi dapat saya. Maklumlah kadang saya menghiburkan, kadang memeningkan.

"Semoga Allah membalas segala kebaikan awak di dunia dan akhirat. Ikhlas daripada tulang rusuk kiri," tulisnya.

Noorkhiriah bersalah susahkan dunia dan akhirat suami.

Pemenang Pelakon TV Komedi Terbaik (Telefilem) Anugerah Seri Angkasa 2022 tersebut turut mengharapkan doa daripada peminat agar perkahwinan yang dibina berkekalan.

"Korang doakan akak dan suami till jannah. Semoga Allah angkat dan makbulkan doa kalian," katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2006 lagi dan memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain