suria

[V] Syura bakal timang cahaya mata Mac 2023, suami tergamam dapat hadiah ‘romper’ dalam kotak 

Syura memberi kejutan kepada suami.

SAMBUTAN hari jadi yang diadakan di sebuah taman rekreasi bersama keluarga bertukar saat tidak boleh dilupakan apabila penyanyi Syura Badron membuat kejutan kepada suami, Muhd Farizat Ismail.

Pada majlis itu, Syura atau Zuraidah Badron, 36, menghadiahkan sebuah kotak hitam misteri kepada suami yang mana di dalamnya terdapat sehelai pakaian bayi (romper) dengan tulisan 'You Are Going To Be a Daddy Soon'.

Meskipun pada awalnya Muhd Farizat, 28, tidak dapat menangkap simbolik di sebalik pakaian tersebut namun selepas disahkan oleh Syura bahawa dia sedang hamil, lelaki itu terus mencium dan memeluk penyanyi berkenaan.

"Serius ke sayang? Ya Allah," katanya.

Syura 2

Muhd Farizat tidak dapat menahan air mata apabila mendapat khabar gembira itu.

Syurga berkongsi video berkenaan di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen video tersebut, Syura memaklumkan bakal bersalin pada Mac 2023 dan ini bermaksud kandungan penyanyi itu sudah memasuki lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman bercerai buat Syura fobia kongsi hubungan cinta, jejaka muda 8 tahun berjaya buka hati kahwin semula

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun jadi ibu tunggal, Syura Badron kembali bergelar isteri

Dalam pada itu, menerusi video sama, Syura turut berkongsi perjalanan kehamilannya selepas membuat kejutan kepada suami termasuk mereka berkunjung ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Bagaimanapun pasangan itu tidak mendedahkan jantina bayi yang bakal disambut tidak lama lagi.

Tidak hanya itu, Muhd Farizat turut dilihat mengalirkan air mata dan mengusap perut Syura kerana gembira bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Tiga anak Syura bersama bekas suami turut dilihat gembira dengan berita tersebut malah dia dipeluk anak-anak.

Syura dan Isteri

Pasangan ini brkahwin pada Januari 2022.

Paling menunjukkan rasa teruja adalah anak lelakinya yang memeluk dan mencium perut ibunya tanda tidak sabar untuk bertemu adiknya.

Untuk rekod Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Ini merupakan perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 13, Nurul Qaisara Sofia, 11 dan Muhammad Irfan Aryan, 9 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain