suria

[V] Suara hilang dan telinga tak dengar, Shila Amzah hampir pitam di pentas akhir GV9

PERSEMBAHAN bertenaga yang diberikan di pentas akhir oleh Shila Amzah di pentas akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad mendapat pujian peminat meskipun gagal meraih gelaran juara.

Bagaimanapun apa yang ramai tidak tahu, Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, sebenarnya berdepan masalah kesihatan termasuk hilang suara selain sukar untuk mendengar akibat jangkitan kuman.

Mengakui sedikit kecewa dengan keadaan kesihatannya namun Shila akur berdepan dengan ujian tersebut.

"Saya mula rasa sakit sejak Khamis tetapi ketika soundcheck pada hari berikutnya keadaan saya okay sahaja. Tetapi ketika datang untuk latihan pada Sabtu malam saya sudah rasa tak sedap badan.

shila amzah 2

Shila berdepan dengan masalah kesihatan di pentas akhir GV9.

"Ada rasa kecewa dengan diri sendiri sebab perkara ini terjadi di pentas akhir. Dari segi vokal saya boleh buat lebih baik lagi namun semua itu berbalik kepada rezeki. Itulah yang terbaik boleh saya lakukan," katanya kepada mStar.

Meskipun berdepan dengan situasi begitu, Shila berkata dia tetap bersemangat dan bersyukur mendapat tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 selain pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan berserta trofi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor ada ‘mantra’ sendiri di pentas GV9, hadiah RM100,000 untuk simpanan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor tepati ramalan juara GV9, bawa pulang wang tunai RM100,000

Pada peringkat akhir tersebut, Shila mempertaruhkan lagu Tak Ada Logika dan Secret Love Song pada pusingan pertama pertandingan tersebut.

Manakala menerusi pusingan battle, Shila digandingkan bersama Tomok menyanyikan lagu Too Legit To Quit dan Parti Sampai Pagi.

Dari segi vokal saya boleh buat lebih baik lagi namun semua itu berbalik kepada rezeki.

SHILA AMZAH

PENYANYI

Bercakap tentang persembahan pada malam tersebut, Shila mengakui hampir pitam dek kerana terlalu menekan suara ketika menyanyi.

"Sebelum naik pentas untuk pusingan battle saya dan minta maaf pada Tomok tetapi dia ingatkan saya bahawa ini adalah pentas akhir dan perlu push diri sebaik mungkin.

"Saya hampir pitam selepas membuat persembahan... sebelah telinga juga tak boleh dengar dan muka bengkak akibat ada jangkitan.

shila amzah 3

Shila masih memberi persembahan terbaik walau sedang sakit.

"Di belakang pentas memang suara tak keluar cuma apabila menyanyi saya cuba gunakan teknik yang betul," jelasnya.

Shila bagaimanapun tidak melihat membuat persembahan secara berterusan sebagai punca kepada masalah dihadapinya.

Ini termasuk tampil di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada Sabtu dan Shila berjaya menyanyikan lagu Khilaf Asmara dan Bahagiakan Dia duet bersama Liza Hanim dengan baik.

"Saya tak rasa terlalu banyak menyanyi menjadi punca sebab masa di SFMM37, suara saya tiada masalah dan syukur boleh membuat persembahan dengan baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain