suria

Afiq Muiz buat laporan polis selepas isteri dakwa kaki pukul... Aishah Azman pula minta kakak ipar jangan reka cerita!

Afiq Muiz buat laporan polis.

ENGGAN berdiam diri, pelakon Afiq Muiz akhirnya tampil membuat laporan polis selepas dituduh mencederakan isterinya iaitu Pachara Apin.

Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz, 30, berkata dia akan membawa perkara itu ke muka pengadilan bagi membersihkan nama baiknya yang telah tercemar.

"Assalamualaikum, laporan polis sudah dibuat. Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan," katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Afiq selesai membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil, Selangor pada Rabu.

Sebelum ini, Pachara telah memuat naik kenyataan di TikTok mendakwa Afiq pernah mematahkan kaki dan juga jarinya.

Sementara itu, adik Afiq yang juga pelakon iaitu Aishah Azman meluahkan rasa bengang dengan tindakan kakak iparnya itu kerana membuat kenyataan tidak benar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: "Perempuan ni bukan mainan" - Afiq Muiz beri peringatan, Da'i Syed anggap ia sekadar nasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir ke mahkamah dakwaan fitnah bekas suami dan Julia Farhana, Lufya Omar tak mahu lagi maruah dipijak

"Siapa pukul siapa? Awak atau abang saya. Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi club, duduk serumah dengan suami orang dia masih dalam berstatus isteri orang, suka mereka-reka dan manipulate cerita seolah-olah awak yang mangsa," katanya menerusi Instastory.

Aishah atau nama sebenar atau Nor Aishah Afika Azman Shah, 26, juga meminta agar kakak iparnya itu tidak terus menyebarkan fintah kerana dia mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam rumah tangga mereka.

"Jangan dengar sebelah pihak, sata tahu apa awak buat. Duduk serumah dengan suami orang walaupun masih berstatus isteri pada abang saya tapi manipulate cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebar fitnah.

Tunggu tindakan seterusnya dari peguam kami atas fitnah-fitnah yang telah dilemparkan.

AFIQ MUIZ

PELAKON

"Suka cederakan diri sendiri dan manipulate cakap abang saya pukul awak. Jangan macam itu, saya tahu A-Z apa awak buat dengan abang saya. Allah maha besar," katanya lagi.

Tambah Aishah, dia bukannya mahu membuka aib namun tindakan wanita berkenaan telah memalukan serta memberi kesan kepada nama baik keluarganya.

Kenyataan daripada Aishah.

Justeru itu, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah atas fitnah yang disebarkan itu.

"Saya tiada niat untuk membuka aib sesiapa, tapi awak sudah menabur fitnah pada abang saya. Dalam masa yang sama kami sekeluarga yang tiada kena mengena juga terpalit.

"Jangan cuba untuk memburukkan nama baik keluarga saya. Jika ada lagi kata-kata yang berbaur fitnah keluar dari pihak awak, saya dan keluarga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan pada awak dan kuncu-kuncu. Jangan lupa negara kita ada undang-undang," ujarnya.

Menerusi tinjauan mStar, akaun TikTok milik Pachara tersebut telah diubah kepada mod privasi selepas Aishah tampil mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain