PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan bekas suaminya iaitu Ian Rashid kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kerana serangan jantung. Jasmin, 49, berkata dia bersama suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim berkesempatan melawat Ian di hospital selepas menerima khabar duka itu. "Saya dah suami pergi menziarahi bekas suami saya Ian Rashid yang kini berada di wad ICU sebab kena serangan jantung... ada enam saluran tersumbat," katanya. Jasmin minta peminat doakan kesembuhan bekas suami. Jasmin berkongsi berita itu menerusi Instagram miliknya pada Khamis. Meskipun sudah berpisah, Jasmin memberitahu bahawa dia masih lagi menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu. "Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru. Beliau orang baik!" ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Masih dalam fasa berjaga-jaga, Jasmin Hamid jalani rawatan jantung Februari tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Luahan hati Jasmin Hamid bukan tuju pada sesiapa, yang terasa akan faham! Dalam pada itu, Jasmin mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai keadaan kesihatan bekas suaminya itu. Justeru itu, dia mengingatkan orang ramai agar membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui keadaan kesihatan masing-masing. "Saya yang ada sakit jantung tapi sekarang beliau yang sihat wal'afiat sebelum ini pula yang berada di ICU sebab serangan jantung. Kami masih berkawan baik walaupun masing-masing dah ada pasangan baru. Beliau orang baik! JASMIN HAMID PELAKON "Ini semua ketentuan Allah... Pergilah pemeriksaan doktor untuk tahu tahap kesihatan kita terutamanya jantung kerana serangan jantung adalah pembunuh dalam senyap," kongsinya. Dalam kesempatan itu, Jasmin juga meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan bekas suaminya itu. "Mohon ehsan doa dari keluarga dan teman-teman yang saya sayangi buat bekas suami saya. Hanya Allah sahaja yang akan berikan ganjaran di atas segala kebaikan kalian yang sudi panjatkan doa buat Ian Rashid," ujarnya lagi. Jasmin bersama suaminya, Nazmir Abd Rahim. Untuk rekod, Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid pada tahun 2000 dan berpisah pada 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ian Haziq. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI