suria

[V] Air mata Jasmine Suraya mengalir kali pertama hadir kelas agama Islam, siap masuk grup Telegram Neelofa

PELAKON Jasmine Suraya Chin mendedahkan air matanya tumpah saat kali pertama dijemput menghadiri sebuah kelas agama Islam sekitar Ogos lalu.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 33, berkata, air matanya mengalir kerana teringat kisah silam selain kehadirannya diterima baik yang tidak menghakimi dia meskipun bukan seorang beragama Islam.

"Saya masih ingat kali pertama hadir ke kelas agama itu saya menangis tetapi selepas itu timbul rasa puas dalam diri... saya rasa senang mengikuti kelas berkenaan kerana tidak rasa dihakimi selain seronok dapat bersama rakan-rakan dan boleh berkongsi apa sahaja.

Jasmine lebih tenang selepas belajar agama Islam.

Jasmine akui seronok belajar ilmu agama.

"Bagi saya, apa sahaja yang kita buat dalam dunia ini, ia sentiasa kembali dengan 99 nama Allah, itu yang membuatkan saya rasa gembira dan selamat.

"Selain itu, saya juga belajar bahawa dalam agama tidak perlu menghakimi seseorang. Kalau sentiasa dihakimi, itu membuatkan orang takut. Banyak lagi keindahan dalam agama yang saya pelajari," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Jasmine berkata, bagi memahami lebih mendalam tentang agama Islam, dia turut menyertai grup Telegram milik Neelofa selain pengacara dan pelakon itu sering mengundangnya menghadiri beberapa kelas agama yang dianjurkan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya suka pakai tudung, tak perlu risau nak 'flip' rambut" - Netizen puji Jasmine Suraya cantik berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya akui malu tengok semula aksi ranjang... Fikir dua kali sebelum terima tawaran

Mengakui masih dalam proses belajar, pelakon drama Villa Kristal ini bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai status sebenar agamanya kerana menyifatkan ia perkara peribadi buat masa ini.

"Saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi. Saya masih lagi dalam proses belajar dan sedang mengikuti kelas agama. Saya pun tak tahu apa yang perlu dikongsikan.

Jadi kalau ada pegangan hidup, kita akan rasa lebih stabil. Itulah yang saya kejar

JASMINE SURAYA

PELAKON

"Bagi saya, apa yang dicari adalah pegangan hidup... dalam hidup ini ada jatuh dan bangun. Semua itu di luar kawalan kita.

"Jadi kalau ada pegangan hidup, kita akan rasa lebih stabil. Itulah yang saya kejar," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai kritikan peminat tentang pemakaiannya yang seksi, Jasmine memberitahu ia berkemungkinan ramai peminat tidak mengetahui dia bukan beragama Islam.

jasmine suraya 3

Jasmine enggan pusing kritikan netizen.

Bagaimanapun, Jasmine tidak mengambil pusing jika ada mempertikaikan soal pemakaiannya kerana mereka tidak mengetahui latar belakang dirinya.

"Saya mengambil pendekatan natural isu pemakaian, kalau ada pertikaikan, biarkanlah. Tak perlu saya buang masa pertahankan diri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain