suria

[V] Dalam diam Reen Rahim hitung hari disatukan dengan Encik H, dapat tajaan perkahwinan RM15 juta!

PELAKON Reen Rahim membuat kejutan apabila mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Encik H pada penghujung tahun ini.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, bakal suaminya itu enam tahun lebih muda daripadanya selain bergelar seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.

"Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini. Kami sudah berkawan hampir dua tahun dan dia enam tahun lebih muda daripada saya.

"Perkahwinan tiada dalam agenda kami kerana tidak mahu terikat dengan komitmen tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.

"Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat," katanya kepada mStar.

reen 55

Reen tidak mendedahkan tarikh sebenar hari perkahwinannya

Reen berkongsi mengenai perkara itu menerusi sidang media khas yang diadakan pada petang Khamis.

Pelakon itu bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan identiti bakal suami serta tarikh pernikahan mereka kepada umum.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim kesal Fezrul Khan enggan bertanggungjawab insiden cekik... siap tunjuk bukti video

ARTIKEL BERKAITAN: Air melimpah dalam rumah, nyaris pokok kelapa tak hempap kediaman ibu bapa Reen Rahim

Dalam pada itu, Reen memberitahu dia tertarik dengan Encik H kerana jejaka tersebut mempunyai sifat penyayang selain mampu mengawal dirinya yang sentiasa aktif.

Kata Reen, bakal suaminya itu membuatkan dia mahu bergantung kepada seseorang dan perkara itu tidak pernah dirasai sebelum ini kerana dia seorang wanita berdikari.

"Dia ada pengalaman jadi babysitter, saya pula jenis 'kanak-kanak riang', tak semua lelaki boleh tahan dan jinakkan saya.

Saya pula jenis berdikari tetapi dengan Encik H saya mahu dikawal dan dia berjaya berbuat demikian.

REEN RAHIM

PELAKON

"Saya pula jenis berdikari tetapi dengan Encik H saya mahu dikawal dan dia berjaya berbuat demikian," jelasnya.

Berkongsi detik pertemuan dengan bakal suami, Reen berkata mereka bertemu ketika menjalani sesi latihan untuk sebuah drama sekitar dua tahun lalu.

Reen berkata, dia mula jatuh hati dengan Encik H sehingga tidak boleh tidur malam selepas pertemuan tersebut sehinggakan ibunya meminta dia buat solat istikharah bagi mencari jawapan.

"Masa pertama kali bertentang mata, saya rasa ada sesuatu yang lain tapi dia sombong betul, pandang pun tidak. Waktu dia ajar pun dia tak pandang mata saya. Tapi sejak itu asyik teringatkan dia sampai tak boleh tidur malam.

reen 44

Reen berdebar bakal bergelar isteri.

"Ibu sampai suruh saya buat solat istikharah, taubat dan tahajud... bukan apa takut kalau saya kena buatan atau apa sebab saya suka dia sangat. Saya mimpi dia berulang kali tapi tetap tak mengaku menyukainya dan masih berkawan seperti biasa.

"Masa ibu pergi umrah dia doa depan Kaabah agar memberi petunjuk tentang jodoh dan Alhamdulillah selepas pulang kami berdua rasa lain dan ingin membawa hubungan itu ke tahap seterusnya," katanya.

Bercakap tentang persiapan perkahwinan, Reen memberitahu semua urusan itu diserahkan kepada pengurus majlis selain menerima tajaan bernilai RM15 juta.

Mengikut perancangan awal, Reen berkata, dia hanya mahu mengadakan satu majlis kenduri sahaja namun memandangkan banyak pihak sudi menaja, mereka memutuskan untuk menganjurkan tiga acara berbeza iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

"Kesemua majlis ini akan diuruskan oleh rakan-rakan saya sendiri merangkap pengurus majlis kerana mereka tidak mahu saya tertekan memikirkan tentang persiapan. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis itu nanti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain