suria

Fuad Rahman rupa-rupanya kekasih lama Tom, cinta kembali terjalin selepas GV9

Tom tidak menolak untuk menerima Fuad sebagai suami.

PENYANYI Tom yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) mendedahkan hubungannya dengan seorang lagi finalis program tersebut iaitu Fuad Rahman kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah.

Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, berkata, hubungan cinta di antara mereka baharu sahaja kembali terjalin sejak seminggu lalu dan mendedahkan pertemuan di GV9 adalah perkara yang tidak pernah disangkakan.

"Dia (Fuad) adalah kekasih lama saya. Kami pernah bercinta pada tahun 2005 kemudian putus namun hubungan itu kembali bertaut pada 2010... Itu pun tak bertahan lama.

"Pertemuan di GV9 adalah perkara yang kami tak sangka... ketika GV9 kami hanya berkawan sahaja belum kembali bersama. Kalau ikutkan baru seminggu rasanya kami serius," katanya kepada mStar.

Pentas GV9 pertemukan kembali Tom dan Fuad.

Fuad dan Tom pernah bercinta sebelum ini.

Bercakap lanjut mengenai perkara itu, Tom berkata, perasaan sayang terhadap penyanyi asal Singapura itu masih mendalam membuatkan dia terbuka hati menerima Fuad selepas empat tahun hidup bersendirian.

Tom turut berharap kehadiran semula Fuad dalam hidupnya dapat memberi semangat kepadanya memulakan kehidupan baharu selepas diduga dengan pelbagai cabaran sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiga kali gagal dalam perkahwinan, Tom tak terfikir cari pengganti... bimbang anak terabai jika kembali bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fuad Rahman rancang menetap di Kuala Lumpur, mahu rancakkan kembali karier nyanyian selepas tersingkir GV9

"Kita semua tahu kisah dia pernah keluar masuk penjara akibat dadah. Dia juga baru sahaja bercerai. Jadi saya tak mahu dia hilang semangat.

"Semoga kehadiran saya dapat memberi sedikit sokongan," ujarnya.

Tambah Tom, Fuad sebelum ini yang memutuskan hubungan mereka dan kali ini penyanyi itu mahu menebus kembali kesalahan lamanya," katanya.

Tom bersama dua anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu.

Tom sudah membawa anak-anaknya bertemu Fuad.

Sementara itu, ditanya tentang perkahwinan, Tom memberitahu perkara tersebut belum dibincangkan memandangkan hubungan mereka juga masih baharu.

Bagiamanapun kata Tom, dia sudah membawa anak-anak berjumpa dengan Fuad dan bakal bertemu keluarga Fuad di Singapura tidak lama lagi.

"Kami sama-sama single, tak salah untuk bercinta. Soal kahwin itu tunggu sahaja. Just follow the flow," katanya.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwian tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain