suria

Kacak, pandai cakap Melayu pula... Adik lelaki jadi tumpuan, Amelia Henderson tengah pujuk kembali berlakon

Alex Henderson menjadi tetamu dalam program Studio Sembang.

PROGRAM kendalian pelakon Amelia Henderson iaitu Studio Sembang semakin mendapat perhatian peminat apabila ia menampilkan ramai selebriti terkenal sebagai tetamu jemputan seperti Meerqeen, Idris Khan, Anna Jobling dan ramai lagi.

Namun kemunculan adik lelaki Amelia, 26, iaitu Alex Henderson mencuri perhatian apabila ramai teruja dengan wajah kacak pemudah berusia 23 tahun itu selain kebolehannya bercakap dalam bahasa Melayu dengan cukup baik seperti mana kakaknya.

Ramai memuji Alex atau Alexander Rudra Keith Henderson yang tampil bersahaja tetapi menghiburkan malah ramai berharap pasangan adik-beradik itu akan terus bekerjasama pada masa hadapan.

Malah ramai menyifatkan pemuda kacukan India-Scotland itu mempunyai potensi sebagai pelakon.

Amelia mahu pujuk adik berlakon.

Amelia sedang pujuk Alex kembali berlakon.

Amelia mendedahkan dia sebenarnya sedang berusaha memujuk Alex untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana yakin dengan bakat dimiliki adiknya itu.

Kata pelakon itu, darah lakonan yang mengalir dalam diri membuatkan dia mahu Alex mengikut jejak langkahnya menceburkan diri dalam bidang hiburan apatah lagi adik lelakinya itu pernah membintangi beberapa buah drama sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson tetap mahu lawan, sakit hati difitnah A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa hidup sendiri, Amelia Henderson tiada masa cari pengganti

"Sejak kecil, kalau saya berlakon drama atau terlibat dalam iklan komersial TV, Alex selalu ada bersama malah dia pernah terlibat dalam beberapa program televisyen yang melibatkan saya.

"Bidang lakonan yang sudah sebati dengan diri saya membuatkan saya mahu Alex mengikut jejak langkah saya kerana dia berbakat besar," katanya.

Dalam pada itu, Amelia memberitahu mereka berdua ada terlibat dalam sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan sedang berusaha memujuk Alex terlibat dalam sebuah lagi projek bersamanya.

Sekarang saya tengah berusaha untuk memujuk Alex supaya bersetuju berlakon dengan saya sekali lagi. Nak dapatkan persetujuannya untuk berlakon itu memang susah.

AMELIA HENDERSON

PELAKON

Kata Amelia, tidak mudah memujuk adik lelaki kesayangannya itu namun tidak berputus asa kerana selesa apabila Alex ada bersamanya.

"Lakonan sudah sebati dengan diri saya dan disebabkan itu ia sudah dianggap sebagai 'keluarga'... jadi saya rasa Alex memang perlu sentiasa ada bersama saya.

"Tapi memujuknya bukan perkara mudah tetapi saya tak berputus asa sampai dia setuju," katanya.

1636626

Amelia kini dikenali menerusi program Studio Sembang.

"Lakonan adalah satu bidang yang saya tidak boleh lari. Disebabkan ia sudah dianggap sebagai keluarga, jadi saya rasa Alex memang perlu sentiasa kena ada bersama saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amelia kini sedang aktif sebagai hos rancangan temu bual berjudul Studio Sembang yang disiarkan menerusi platform media sosial.

Amelia turut mengundang Alex sebagai tetamu jemputan.

Kemunculan dua beradik ini mencuri tumpuan ramai, apatah lagi dengan kefasihan mereka berbahasa Melayu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain