suria

Reen Rahim percaya pada rezeki Allah, tak takut ‘saham’ merundum selepas kahwin 

Reen Rahim tak takut saham jatuh selepas kahwin.

SEDANG menghitung hari bergelar raja sehari, pelakon Reen Rahim tidak bimbang 'sahamnya' jatuh selepas bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati dikenali sebagai Encik H.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia percaya kepada rezeki ditetapkan sejak kali pertama melibatkan diri dalam industri seni sebelum ini.

"Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin. Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak... jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.

"Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin. Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan," katanya kepada mStar.

Reen Rahim percaya pada rezeki.

Dalam pada itu, Reen berkata, bakal suaminya itu juga tidak pernah meletakkan sebarang syarat bagi menentukan kariernya sebagai pelakon namun sebagai isteri dia akur perlu ada batas terutamanya pergaulan.

"Bakal suami tak ada letak syarat tapi saya sendiri akan letak had tanpa perlu sesiapa beritahu saya tentangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Reen Rahim minta bakal menantu beri hantaran al-Quran dan set barang kemas... “Saya suka permintaan umi”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dalam diam Reen Rahim hitung hari disatukan dengan Encik H, dapat tajaan perkahwinan RM15 juta!

"Tak kahwin pun sama memang jaga bab itu, tak akan pula selepas kahwin saya langgar apa saya pertahan sebelum ini," jelasnya.

Bercakap mengenai persiapan perkahwinan, Reen memaklumkan semua sudah 90 peratus siap dan majlis bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Reen juga teruja untuk majlis bertandang di sebelah pihak lelaki kerana ia bertemakan kampung yang menjadi impiannya.

Reen Rahim tak takut saham jatuh selepas kahwin.

Reen teruja majlis bertandang bertemakan kampung.

"Saya seronok sangat nanti dapat merasa kahwin dekat kampung yang ada kompang-kompang... Dia ada nenek lagi jadi dia nak buat dekat kampung," kongsinya.

Sebelum ini, Reen mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan dikenali sebagai Encik H pada penghujung tahun ini.

Reen bagaimanapun masih lagi belum mendedahkan identiti bakal suaminya serta tarikah pernikahan mereka kepada umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain