suria

Nabila Razali tersinggung dengan Atu Zero, komen tak boleh nyanyi live macam ‘body shaming’

Komen Atu membuatkan Nabila rasa kecewa.

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa kecewa terhadap komen pelawak Atu Zero yang menyindir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul menerusi program The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, komen dibuat Atu tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau punchline ketika muncul dalam program televisyen.

"Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang tetapi tidak buat saya.

nabila razali 1

Nabila harap Atu tidak menjadikan peribadi orang lain sebagai bahan jenaka.

"Saya tidak marah kepada dia (Atu). Hanya sedikit kecewa," katanya.

Nabila meluahkan pandangannya mengenai tindakan Atu itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ‘terluka’ komen jahat netizen, bukan sengaja nak nyanyi sumbang

ARTIKEL BERKAITAN: Minta maaf sebab selalu minta sumbangan, Atu Zero dan isteri resah kenang nasib mangsa ombak besar di Sabah... “Mereka tak meminta, kami mahu bantu”

Ia berikutan Atu memberi komen kepada salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia iaitu Si Tangkis yang menyanyikan lagu Pematah Hati.

Atu dalam komennya secara spontan memberitahu individu di sebalik kostum itu bukan Nabila kerana penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian

NABILA RAZALI

PENYANYI/PELAKON

Dalam pada itu, Nabila berkata, dia melihat kata-kata pelawak itu sama seperti isu body shaming yang sering menjadi perdebatan hangat apabila seorang pelawak menggunakan perkara itu untuk dijadikan bahan jenaka.

"Saya rasa perkara ini sama sahaja seperti body shaming. Kepada semua pelawak, tolong cari bahan jenaka lebih baik untuk buat orang ketawa.

"Mungkin awak mahu jatuhkan orang lain demi mendapat perhatian," ujarnya.

nabila razali 3

Luahan Nabila terhadap komen Atu.

Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini berkata, dia sentiasa cuba memperbaiki diri selepas sering kali mendapat kritikan gagal membuat persembahan baik di atas pentas.

"Saya cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diri saya setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja tahu progres yang saya lalui," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain