suria

“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain” - Dialog Kazar Saisi dalam ‘7 Hari Mencintaiku’ tular, netizen luah rasa geram

Netizen geram dengan dialog Pak Samad dalam drama 7 Hari Mencintaiku.

SEJAK pengarah Syamsul Yusof mendedahkan sudah berkahwin dua, nama bapa mentuanya yang juga pelakon veteran Kazar Saisi turut terkena tempias kemarahan netizen.

Netizen meluahkan rasa bengang apabila Kazar seolah-olah menyokong tindakan anaknya, Ira Kazar berkahwin dengan Syamsul yang juga suami orang malah menjadi wali pernikahan pasangan itu di Thailand.

Netizen mula mencari semula babak lakonan Kazar dalam drama bersiri popular iaitu 7 Hari Mencintaiku yang memperlihatkan dia memegang watak sebagai Pak Samad.

Dalam babak drama tersebut, Pak Samad bersama Dr Adam lakonan Sean Lee sedang berbual mengenai kebahagiaan hidup bermadu yang bakal dijalani Mia Adriana (Siti Saleha).

Kazar turut teruk terkena tempias kecaman netizen.

"Mia bahagia ke Pak Samad? Habis itu kenapa dia tak nak pergi saja. Ini semua tak adil untuk Mia," Soal Adam.

Dia kemudian menjawab soalan yang diajukan Dr Adam yang mana seorang isteri akan mendapatkan syurga sekiranya reda untuk berpoligami.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan selebriti tunjuk sokongan kepada Puteri Sarah, Janna Nick pula ajak boikot Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya mengaku nikahi Ira Kazar, minta Puteri Sarah selesai kemelut rumah tangga tanpa buka aib

"Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain. Bila seorang isteri tu reda, dia tak perlu pergi pun. Untuk dapatkan syurga buat diri dia.

"Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama," kata Pak Samad.

Perbualan dalam drama tersebut seolah-olah sesuai dengan situasi yang melibatkan Kazar dan anaknya serta Syamsul sekali gus mencetuskan rasa geram warganet.

3526246

Ira sah menjadi isteri kedua Syamsul Yusof.

"Geram dengan Pak Samad, lepas ini kalau nampak dia auto tukar siaran. Boikot dia!

"Hujung-hujung anak dia sendiri buat perangai tapi dia bahagia menantu kaya. Dia bercakap depan cermin ke?

"Paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Sesuai dengan Pak Samad suka cakap pusing-pusing," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain