suria

Anak merajuk baring atas lantai pusat beli-belah sampai kena seret, Emma Maembong akhirnya mengalah - “Mesti banyak ibu-ibu lalui benda ini”

Gelagat anak Emma curi perhatian netizen.

PERKONGSIAN video yang dimuat naik pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli yang melayan telatah anak lelakinya iaitu Shariq Gabriel menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, yang mengenakan baju berwarna putih dilihat sedang menyeret dengan menarik tangan anak lelakinya ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli belah di Singapura.

Difahamkan, anak lelakinya itu merajuk kerana tidak mahu didukung oleh suami dan memilih untuk berbaring di atas lantai pusat beli belah tersebut.

"Bila anak buat perangai tak nak jalan. Tetapi kita tak nak biasakan dukung sebab 24 jam nak dukung, tak nak jalan.

Anak Emma merajuk kerana mahu didukung

"Akhirnya dia menang jugak. Kita kalah.

"Bawa stroller pun dia nak duduk waktu tidur sahaja. Kalau tak, dia akan lari. Mesti banyak ibu-ibu dah lalui benda ini kan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong kunci mulut dakwaan sedang hamil anak kedua, memang mahu keluarga besar

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong mahu ramai anak, sejak habis pantang usaha tambah cahaya mata kedua

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah anak lelaki pelakon drama Kimchi Untuk Awak itu yang tidak mengendahkan situasi atau tempat untuk tunjuk perasaan.

"Nampak macam kejam, tetapi orang yang tiada anak tidak akan faham keadaan itu. Sebenarnya budak itu lagi seronok kena tarik tangan macam itu.

Netizen terhibur dengan gelagat anak Emma Maembong

"Adoi budak-budak zaman sekarang memang pelik sebab banyak akal lain macam. Bertabahlah ibu-ibu zaman sekarang," komen netizen.

Ada juga yang bersetuju dengan pendapat Emma dengan berkongsi pengalaman untuk melayan kerenah seseorang anak yang masih kecil itu bukan mudah.

"Sama lah macam anak saya. Akhirnya bawa stroller sahaja. Mana nak dukung, mana nak bawa stroller. Macam-macam akal budak sekarang," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain