suria

‘Perang’ di mahkamah lagi mencabar, Rita Rudaini imbau kepayahan bela diri dan nasib anak-anak - “Fasal roti gardenia pun akan jadi isu”

Rita Rudaini kongsi pengalaman naik turut mahkamah berikutan kemelut rumah tangga.

SEJAK pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dia sudah berkahwin dua pada Jumaat, ramai menyatakan rasa simpati terhadap nasib isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Ini kerana ramai merasakan Puteri Sarah teraniaya dengan tindakan Syamsul berkahwin tanpa pengetahuannya apatah lagi ketika pelakon itu sedang berusaha mempertahankan hak sebagai isteri dan mencari kebenaran demi dua anak-anaknya.

Pernah mengalami pengalaman hampir serupa, pelakon Rita Rudaini mengimbau kepayahan apabila dia terpaksa turun naik mahkamah syariah bagi membela diri dan menuntut hak buat anak-anaknya yang masih kecil ketika itu.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, berkata, Puteri Sarah mungkin perlu mempersiapkan diri dan lebih tabah selepas ini apabila perlu berdepan dengan pelbagai cabaran selepas isu rumah tangganya di bawa ke mahkamah.

Rita Rudaini kongsi pengalaman naik mahkamah kerana isu rumah tangga.

"Lepas ini episod mahkamah lagi perit akan ada campur tangan dan tukang mengajar yang pelik-pelik. Selepas itu netizen yang tak tahu pasal hukum hakam ini pula akan salahkan perempuan.

"Aku dah lalui... fasal roti gardenia pun akan jadi isu nanti di dekat mahkamah," katanya menerusi perkongsian di Instastory miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain” - Dialog Kazar Saisi dalam ‘7 Hari Mencintaiku’ tular, netizen luah rasa geram

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan selebriti tunjuk sokongan kepada Puteri Sarah, Janna Nick pula ajak boikot Syamsul Yusof

Dalam pada itu, Rita turut membangkitkan soal nafkah dengan menyatakan tidak semua lelaki yang mempunyai kewangan kukuh mampu bersikap adil terhadap anak-anak mereka.

Malah kata Rita, perkara itu akan menjadi perdebatan panjang dan akan berlaku ungkit-mengungkit di dalam mahkamah.

"Duit berlambak berkepok tapi kalau hati dah hitam, soal hukum pun dia buat. Maka bermulalah pula episod kena minta nafkah anak. Duit banyak pun belum tentu nak bagi dekat anak-anak.

Duit banyak pun belum tentu nak bagi dekat anak-anak.

RITA RUDAINI

PELAKON

"Kena gaduh dulu dekat mahkamah... benda yang tidak sepatutnya di pertikai di dalam mahkamah. Itu kan tanggungjawab. Macam mana kau belanja macam itulah kau kena bagi belanja dekat anak-anak kau, kan?," ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut memuji tindakan keluarga mentua Puteri Sarah yang membela nasib menantu dan tidak menyokong kesalahan anaknya sendiri.

"Inilah contoh keluarga mertua yang baik, ada didikan yang baik. Hati yang baik, tidak menyokong benda yang salah walaupun daripada anak kesayangan sendiri. Salah tetap salah.

Rita puji keluarga mentua Puteri Sarah Liyana.

"Keluarga yang ada class tersendiri. Beza dengan keluarga yang support dan pejam mata apa anak buat walaupun benda itu ternyata memang salah dan berdosa, itulah keluarga low class!" katanya yang turut memaparkan sebuah tajuk artikel.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaya Arjuna, 12.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain