suria

Catriona Ross ralat konsert Tulus hanya 70 minit, tiket mahal tapi macam showcase... penganjur tampil perjelas situasi sebenar

Catriona kecewa dengan konsert Tulus.

KEHADIRAN penyanyi Indonesia iaitu Tulus yang mengadakan konsert dua malam di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Khamis dan Jumaat lalu memang dinanti-nantikan peminat.

Salah seorang penggemarnya, pelakon dan pengacara Catriona Ross bagaimanapun meluahkan rasa kesal terhadap durasi konsert berkenaan pada hari kedua yang hanya berlangsung selama 70 minit.

Catriona menyifatkan konsert penyanyi bertaraf showcase meskipun mengenakan caj tiket yang mahal dan tidak berbaloi untuk tempoh yang dianggap singkat.

"Saya sanggup minta izin pengarah di set penggambaran untuk pulang awal kerana mahu menonton konsert Tulus.

cat1 - 1

Catriona berkongsi rasa tidak puas hati.

"Nah, baharu 70 minit, konsert dah tamat. Itu bukan konsert tetapi showcase. Kalau nak buat showcase beritahu sahaja, tapi harganya juga perlu harga showcase," katanya.

Catriona berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut berasa kesal kerana kebanyakan lagu yang diminatinya turut tidak dinyanyikan oleh Tulus pada konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta ATNM biadab kena 'sekolah' dengan Catriona Ross, Syafinaz pun sempat menyelit... "Cantik sikit bahasa kita ya adik"

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] "Tak guna berdebat dengan orang yang tak mahu belajar" - Catriona Ross tak layan kritikan Suhaimi Saad, mohon jangan terpengaruh dakyah golongan anti vaksin

Antara lagu-lagu yang dinantikan peminat termasuk Tergila-gila, Tukar Jiwa, Aduh Rayu dan Pamit.

"Katanya konsert, tetapi 60-70 minit sudah tamat. Lagu-lagu yang saya minat juga tidak dinyanyikan.

"Saya menantikan lagu-lagu seperti Tergila-gila, Tukar Jiwa, Aduh Rayu, malah lagu Pamit pun hanya dinyanyikan sedikit sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Catriona membandingkan dengan konsert-konsert penyanyi Indonesia yang dihadirinya sebelum ini sangat menghiburkan sesuai dengan harga tiket dikenakan.

Malah katanya, dia sampai terpaksa merayu kepada suami untuk pulang kerana sudah terlalu penat berdiri selama hampir empat jam ketika menghadiri konsert Dewa 19 baru-baru ini.

cat22 - 1

Catriona kecewa lagu yang diminatinya tidak dinyanyikan Tulus.

"Sebelum ini saya ke konsert Dewa 19, berdiri empat jam. Sampai saya merayu pada suami sebab penat.

"Konsert Raisa pun dua jam, konsert Rossa 2 jam 30 minit sampai penat. Ini ke konsert Tulus baharu 60-70 minit sudah ucap selamat tinggal," luahnya.

Bagaimanapun, aktres itu tidak menyalahkan penyanyi Indonesia berkenaan, sebaliknya lebih menunding jari kepada pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap isu ini.

Malah Catriona turut memberi pujian kepada Tulus yang memberikan persembahan mantap sepanjang tempoh konsert berlangsung.

Tulus

Tulus memberikan persembahan bertenaga di Kuala Lumpur.

Menjawab kekeliruan tersebut, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects menjelaskan persembahan tersebut bukan sebuah konsert sebaliknya lebih kepada pertunjukan atau showcase yang diberi nama Fabulous Friday Present Tulus.

Disebabkan itu kata penganjur, durasi persembahannya lebih pendek namun percaya dari sudut sistem bunyi, visual, pencahayaan, persembahan, pemilihan lagu, vokal, energi serta keramahan Tulus membuatkan pertunjukan tersebut dekat di hati peminat.

Pun begitu kata Shiraz Projects, mereka mengambil berat dan serius terhadap komentar-komentar diberikan pengguna media sosial terutamanya peminat Tulus.

"Kami akan memperbaiki pertunjukan atau konsert yang akan diadakan kelak agar dapat memuaskan hati serta penonton dapat pulang dengan hati dan jiwa yang gembira," kata penganjur menerusi kenyataan media kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain