suria

Amyza Aznan sarung seluar warna kulit, tak berani pakai seksi masuk TV

Amyza Aznan dikecam pakai baju nampak betis dan peha di kaca televisyen.

KEMUNCULAN pelakon Amyza Aznan di pentas program Famili Duo mengundang pelbagai komen daripada netizen kerana dikatakan memakai pakaian tidak sesuai untuk tatapan umum.

Tampil semasa persembahan Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Amyza, 46, dilihat mengenakan gaun labuh berona hitam dengan belahan pada kain di bahagian betis hingga ke peha.

Fesyen yang digayakan Amyza itu menarik perhatian netizen sehingga ada yang menegur penampilannya dikatakan agak seksi.

Amyza Aznan tampil seksi buat netizen terkejut.

"Ini bukan pangkat makcik tapi dah nenek, ingat-ingat sikit!

"Tinggi sangat belahan, tak nampak macam pakai seluar legging warga krim pun dalam.

"Aurat itu makcik, dah sendu sangat ke sampai kena buat macam ini?" antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima markah terendah, Sabhi Saddi dan Fareed PF salah buat percaturan di pentas ‘Famili Duo’... “Kami tak mahu sama saja”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru minggu pertama dah kena maki, Janna Nick pertahankan diri tuduhan bingit kendali ‘Famili Duo’

Menjawab mengenai perkara itu, Amyza menjelaskan dia mengenakan seluar warna kulit bersama busana tersebut.

"Tak (seksi) pun, ada seluarlah warna kulit. Ala awak ini suka tertipu.

"Tak pakai (seluar) mana lepas dengan TV3. Kita pun tak berani," katanya menjawab komen netizen di Instagram.

Amyza Aznan tampil jernihkan kecaman netizen.

Sebelum itu, Amyza diundang sebagai artis jemputan semasa persembahan Yamani dan Zamani.

Duo beradik itu menyampaikan lagu Hati di minggu keempat Famili Duo yang bersiaran secara langsung di TV3 setiap Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain