suria

Selalu kena body shaming, Bella Dowanna kesal bentuk badan jadi bahan jenaka… “Gurauan itu menyakitkan hati”

Bella menjelaskan isu body shaming bukan satu gurauan.

GARA-GARA memiliki bentuk tubuh sedikit berisi, pelakon Bella Dowanna mendedahkan dia pernah menjadi mangsa body shaming daripada netizen.

Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, memberitahu sejak dahulu lagi bentuk badannya sering dijadikan bahan jenaka.

Bagi Bella, perkara seperti ini tidak harus dijadikan gurauan dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak beradab.

bella3 - 1

Bella tidak mahu isu berat badan dijadikan bahan gurauan.

"Itulah masalah masyarakat kita kadang-kadang mereka tidak sensitif dan tak peka.

"Mereka tak tahu dengan cara dia bergurau sebenarnya menyakitkan hati," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna malu nak kongsi keputusan SPM, bukan sebab tak cemerlang - "Saya ada dapat A... paling penting tiada yang gagal!"

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Dowanna geli, malu lakon babak dirogol tiga lelaki dalam filem M4M4 - "Semuanya real, mereka memang duduk atas saya"

Bella berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang diadakan di 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam pada itu, Bella mengakui berat badannya sedikit bertambah, malah potongan rambut terbaharu itu juga membuatkan pipinya kelihatan sedikit berisi.

"Berat badan saya sebenarnya memang bertambah pun, betul. Bila orang tanya saya kenapa saya nampak berisi, kadang saya buat tak dengar saja.

Itulah masalah masyarakat kita kadang-kadang mereka tidak sensitif dan tak peka.

BELLA DOWANNA

PELAKON

"Potongan rambut saya juga mungkin buat pipi nampak lebih tembam Sebab sebelum ni saya berambut lebih panjang. Tapi saya okay saja sebab perkara itu sedikit sebanyak berikan motivasi untuk saya kurangkan berat badan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Bella bakal tampil dengan drama fantasi terbaharu Puteri Legenda yang memegang watak sebagai Laila.

Kata Bella, pada mulanya dia juga menghadiri sesi uji bakat drama berkenaan untuk watak utama iaitu Qaseh.

Namun, pelakon drama Budak Tebing ini merasakan dia lebih sesuai dengan watak Laila yang dirasakan mempunyai persamaan dengan karakter sebenar.

bella1 - 1

Bersama pelakon Legenda Puteri Qaseh, Qasrina Karim dan Chew Kin Wah.

"Sewaktu dipanggil uji bakat, saya membawa dua watak iaitu Laila dan Qaseh. Pihak produksi ingin melihat peranan mana yang lebih sesuai dengan karakter saya.

"Terbukti, watak Laila sangat dekat dengan diri saya di mana dia merupakan seorang gadis ceria dan kelam-kabut," katanya.

Selain Bella, Legenda Puteri Qaseh ini turut dibintangi pelakon terkenal termasuk Qasrina Karim, Norman Hakim, Aziz M. Osman, Daniel Fong, Chew Kin Wah, Datuk Yusry Abdul Halim, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.

Drama 10 episod itu bersiaran bermula 9 Januari 2022 setiap hari Isnin pada pukul 9 malam di Asto Ceria (Saluran 611).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain