suria

“Bila tak post cakap kami gaduh” - Bella Astillah terpaksa bersuara selepas timbul pelbagai spekulasi rumah tangga

Bella jawab fitnah tentang spekulasi rumah tangga.

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah menyelar tindakan blogger yang menyebarkan fitnah dengan menulis spekulasi tidak benar mengenai rumah tangganya.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, kesal apabila blog berkenaan menyiarkan semula video yang diambil olehnya empat tahun lalu untuk dijadikan artikel sehingga menimbulkan fitnah orang ramai.

"Bila kami tidak ingin memberikan sebarang maklum balas, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan saya pada 2019 dan disunting seolah-olah saya telah memberikan kenyataan baharu," katanya.

b1 - 1

Bella menjawab tentang spekulasi yang melanda rumah tangganya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram pada malam Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, peserta program Famili Duo ini turut memuat naik artikel yang diterbitkan oleh satu blog hiburan.

Artikel itu menyebut kononnya Aliff Aziz berlaku curang terhadap Bella.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz anggap teguran Allah susulan tular video kelab malam... Rakan artis Shahidan Izwan dedah cerita sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Penyebaran video kelab malam bukan 'marketing' promosi drama... Osman Ali tak cam wanita bersama Aliff Aziz

Bella turut menunjukkan paparan skrin diambil daripada video lama miliknya yang digunakan bagi menarik perhatian pembaca.

Meskipun ada cadangan meminta dia menyaman penulis blog berkenaan, Bella berkata dia enggan bertindak demikian kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan.

Malah, dia juga hairan apabila ada netizen yang mempersoalkan tindakannya kurang memuat naik foto bersama suami di media sosial.

"Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan sama tetapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.

"Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tak post cakap kami bergaduh pula," ujarnya.

b2 - 1

Bella mohon orang ramai untuk menyebarkan fitnah.

Dalam pada itu, Bella mengakui penyebaran berita palsu itu sedikit sebanyak menganggu kerjaya mereka dan turut membimbangkan ahli keluarga lain.

"Dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami. Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

"Saya minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini," katanya.

Sebelum ini, tular video Aliff bersama wanita yang dipercayai dirakam di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sekitar pukul 5 pagi.

Bagaimanapun, rakan artis yang juga merupakan pelakon Shahidan Izwan tampil mempertahankan sahabatnya dan memberitahu mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain