MALANG tidak tidak berbau, kemalangan di mana-mana sahaja boleh sahaja berlaku. Itulah pengalaman dilalui wartawan mStar, Faiz Izzat yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk memenuhi janji temunya dengan penyanyi Asfan Shah pada Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Faiz atau Mohd Faiz Izzat Shaihidi, 30, memberitahu selepas keluar dari rumahnya di Puncak Alam, Selangor untuk bertemu Asfan, kereta Proton Waja yang dipandunya tiba-tiba terbabs akibat jalan licin kerana hujan. Kereta yang dipandu Faiz berpusing sebelum dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Cuba mengawal kenderaan sebaik mungkin supaya tidak merempuh kerata lain di atas jalan, tangan kanan Faiz Izzat bagaimanapun terperosok ke dalam stereng menyebabkan tulangnya patah. "Sukar nak bayangkan keadaan tersebut. Dalam keadaan cemas saya kena kawal kereta supaya kemalangan tidak menjadi lebih teruk kalau rempuh kereta lain. "Mungkin terlalu cemas sehinggakan tangan saya termasuk ke dalam stereng kereta. Mulanya tak rasa sakit, tetapi apabila berhenti saya tengok keadaan tangan pelik dan membengkok," ujarnya. Ujar Faiz, dalam keadaan sakit, dia memaksa diri menghubungi Asfan untuk membatalkan janji temu itu dan terkejut tidak lama kemudian penyanyi tersebut muncul untuk memberikan bantuan kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Asfan Shah meninggal dunia dalam tidur, derita kanser paru-paru tahap empat ARTIKEL BERKAITAN: Bertengkar dipercayai punca kekasih pelakon tercampak keluar dari Myvi "Alhamdulilah tidak ada kecederaan yang teruk. Saya pun selamat jalani pembedahan akibat tangan patah. Sekarang masih tempoh berehat. Terima kasih kepada Asfan yang sudi datang membantu. Saya juga mahu mohon maaf kerana terpaksa membatalkan sesi temubual tersebut," jelasnya. Dalam pada itu Asfan, 37, memberitahu dia sepatutnya bertemu Faiz di sebuah lokasi bagi satu sesi temubual bergegas ke tempat kejadian apabila dimaklumkan tentang kemalangan tersebut. Kata Asfan, disebabkan mereka sudah lama bersahabat baik iaitu sebagai artis dan wartawan, maka dia tidak sedap hati mendengar perkhabaran duka itu sehinggalah dia hadir untuk memberi pertolongan. Lokasi dia kemalangan pun sekitar lima minit dari tempat saya. Jadi bila dapat tahu kejadian itu saya terus ke sana untuk membantu ASFAN SHAH PENYANYI "Kami pun sudah kenal lama dan menjadi satu tanggungjawab saya untuk bantu apabila mendengar seseorang yang ditimpa musibah begitu. Saya sendiri rasa tidak sedap hati apabila dia (Faiz) memaklumkan tentang kemalangan melibatkan dirinya. "Lokasi dia kemalangan pun sekitar lima minit dari tempat saya. Jadi bila dapat tahu kejadian itu saya terus ke sana untuk membantu," katanya kepada mStar. Setibanya di lokasi kejadian, Asfan berkata dia membantu menenangkan Faiz dan mengalihkan yang dipandu kerana menghalang lalu lintas. Melihat kecederaan pada tangan Faiz, Asfan turut menawarkan bantuan membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Faiz selamat menjalani pembedahan. "Ada rakan-rakan dia yang juga datang membantu namun semuanya tidak boleh memandu kereta manual. Jadi saya tolong alihkan kenderaan tersebut kerana sudah halang lalu lintas. "Saya lihat Faiz dalam keadaan pucat dan tidak bermaya. Tangannya bengkok dan saya dapat agak ada tulang patah. Mulanya saya mahu bawa di ke hospital berdekatakan namun dia tolak kerana mahu menunggu ibu bapanya. "Melihat keadaan dia begitu saya pun tidak sampai hati nak tinggalkan terus. Saya tunggu sehingga ibu bapanya datang untuk bawa ke hospital. Saya hanya bantu sekadar apa yang mampu sahaja," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube