suria

Dah makan ‘blah’ tak bayar… Jinggo bersangka baik, Sheila Rusly minta halalkan mungkin terlupa

Jinggo halalkan pelanggan cabut lari lepas makan.

PENERBIT dan pengarah Jinggo bengang apabila sekumpulan pelanggan yang menikmati hidangan di restoran miliknya iaitu Dim Sum Place KL yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur tidak membuat pembayaran.

Jinggo atau Azman Yahya, 57, berkata, dia cuba bersangka baik bahawa pelanggan berkenaan benar-benar lupa membayar selepas selesai menjamu selera.

“Pada brother dan kawan-kawan yang makan sakan seaneka menu tadi dan belah macam itu jer, Tok sidang harap mereka terlupa bayarlah.

Jinggo luah rasa kekecewaannya di Instagram.

“Berrsangka baik walaupun nak bersangka tak berapa baik juga. Takkan semuanya terlupa,” katanya.

Jinggo berkongsi mengenai insiden itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan suasana restoran berkenaan yang dipenuhi pelanggan.

Dalam pada itu, Jinggo berkata, dia sebolehnya mahu mendedahkan wajah-wajah individu tersebut kepada umum namun disebabkan rasa kemanusiaan dia tidak melakukan hal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat, Norman Abdul Halim pula kagum... “Suntikan nafas baharu dalam program TV”

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila menangis di set terakhir ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’, Jinggo akui kos tinggi punca tamatkan program!

Kata Jinggo, isterinya, Sheila Rusly turut menasihatkan agar menghalalkan makanan yang dimakan pelanggan itu selain menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT.

"Kalau lupa pun tetap tidak halal jika tidak dihalalkan. So Sis (Sheila Rusly) suruh Tok Sidang halalkan. Okay kira halallah ya tapi harap-harap bukan satu keluarga ya.

“Ya Allah berat nak tanggung di sana nanti dan jangan tanya pada Dia, jangan tanya pada diri kenapa hidup kita tak pernah senang tak pernah tenteram dan tak pernah tak ada masalah.

Sis (Sheila Rusly) suruh Tok Sidang halalkan. Okay kira halallah ya tapi harap-harap bukan satu keluarga ya.

JINGGO

PENERBIT/PENGARAH

"Kerana mereka yang berbuat baik pun Allah tetap beri masalah tanda ujian inikan berbuat jahat," katanya lagi.

Sementara itu, Jinggo tidak akan memotong gaji pekerjanya kerana memahami restoran miliknya itu dipenuhi pelanggan sempena Tahun Baharu Cina.

"Untuk juruwang, jangan risau Tok Sidang tak akan potong gaji anda, terima kasih semua pasukan yang berkerja keras hujung minggu Chinese New Year 2023," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi pendapat agar penerbit berkenaan mengubah cara pembayaran di restorannya itu.

Sheila Rusly nasihati suami agar halalkan makanan pelanggan lari.

Malah mereka turut berharap agar individu berkenaan kembali membuat pembayaran makanan.

"Lepas ini Tok Sidang kena ubah cara bayar, bayar dulu baru makan. Tak ada rasa berdosa ke aniaya orang? Patut viralkan je orang macam ini.

"Benda yang masuk jadi darah daging kenapa tak nak bayar? Semoga dia orang dapat mimpi untuk bayar balik.

"Kalau dia terbaca benda ini mesej tepi jelah, minta nombor akaun untuk bayar takut malu dan segan," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain