suria

[V] Perut bulat disangka hamil, Fasha Sandha sedih jadi mangsa ‘body shaming’… Doa dikurniakan anak lelaki

GARA-GARA perubahan bentuk badan yang dilihat sedikit berisi, pelakon Fasha Sandha menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang menyangka dirinya kini sedang hamil.

Menafikan mengenai perkara itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, turut meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen menjadikan perkara itu sebagai bahan ejekan dan body shaming.

"Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa itu. Waktu itu baharu lepas makan jadi nampak macam ada perut. Semasa itu saya sedih gila bila orang body shaming saya.

fasha2 - 1

Fasha akhirnya dapat menunaikan umrah bersama suami.

"Perut terbesar sikit orang cakap dah mengandung. Saya terus cabar diri untuk jaga makan. Saya tak mengandung tapi orang kata saya mengandung," katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama baharu TV3 untuk bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tiada masa 'update' media sosial, fokus ibadah 9 hari di Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai kostum Maleficent dikecam peminat, Fasha Sandha perjelas hanya untuk suka-suka

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi pengalamannya sewaktu menunaikan umrah bersama suami, Aidil Aziz selama sembilan hari bermula 20 Januari lalu.

Kata Fasha, antara doa yang dipohon adalah untuk mendapatkan anak lelaki kerana suaminya sudah lama mengimpikan untuk menimang zuriat lelaki.

"Salah satu doa saya sudah tentu untuk mendapatkan zuriat lelaki kerana itu adalah permintaan Aidil. Kalau diikutkan dia sudah minta mahu anak lelaki daripada tahun lepas.

Saya tidak mengandung pun. Saya hanya bulat saja masa tu. Masa itu saya sedih gila bila orang body shaming saya.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Tapi, waktu itu saya sedang sibuk bekerja dan insyaAllah selepas saya habis melakonkan drama Rampas Cintaku 2, kami akan berusaha dan terus berdoa untuk mendapatkan anak lelaki," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang pengalaman pertama menunaikan ibadah umrah, Fasha mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk ke sana tetapi mempunyai halangan kerana perlu membawa mahram.

Jelas Fasha, dia juga terpaksa menangguhkan niatnya itu selepas berkahwin dengan Aidil dunia berdepan pandemik Covid-19.

"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk melakukan umrah tetapi pada waktu itu masih memerlukan mahram. Saya pernah membeli tiket ke sana namun terpaksa menangguhkannya kerana tiada mahram.

"Bagaimanapun, sekarang sudah tidak perlu mahram, tapi selepas berkahwin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Jadi, baharu sekarang saya dan Aidil berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama," ujarnya.

fasha1 - 1

Fasha bersedia menambah zuriat tahun ini.

Sebelum ini, Fasha memberitahu peluang berada di Tanah Suci digunakan sebaiknya untuk melakukan ibadah dan bukannya sibuk dengan media sosial.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 29 Mac 2019 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang berusia dua tahun.

Fasha juga mempunyai dua lagi cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain