suria

“Nasib abah tak belasah saya” - Fadzil Zahari imbau kisah pinang Yana Samsudin, tinggal pesan kalau bertemu jodoh orang Johor

Fadzil dan Yana sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-8.

BERSEMPENA ulang tahun perkahwinan kelapan pada 13 Februari lalu, suami kepada Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari mengimbau kenangan ketika mengambil keputusan melamar aktres berkenaan.

Dedah Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 39, mendedahkan dia memandu ke Yong Peng, Johor bersama keluarga untuk bertemu dengan bapa Yana bagi meminta izin untuk berkahwin.

Ketika itu imbau Fadzil, Yana tiada bersama kerana sedang sibuk dengan persiapan Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-29 bersama penyanyi Tomok menerusi lagu Cinta Tak Pergi.

"Waktu Yana tengah sibuk di Separuh Akhir Muzik-Muzik dengan Tomok, saya bawa keluarga ke Yong Peng.

yana2 - 1

Yana dan Fadzil kini bahagia bersama dua cahaya mata.

"Saya cakap dengan abah Yana, pakcik dewan kenduri di Kedah dah booking bulan tiga, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari.

"Yakin saya cakap macam itu, nasib baik abah Yana askar pencen tak belasah saya. Suka hati sahaja lock anak dara dia macam itu," kongsinya.

Fadzil berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami restu Yana Samsudin terus aktif dunia 'streaming', bukan sekadar main game tapi siap bagi motivasi

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar pegang kerepek disunting, Yana Samsudin bengang foto jadi iklan produk kurus... "Jangan sampai Kak Yong datang!"

Dalam pada itu, Fadzil berkata, ketika itu dia sudah tidak fikir panjang untuk mendirikan rumah tangga biarpun mengenangkan terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas untuk pulang ke kampung sewaktu menyambut hari raya.

Fadzil merupakan anak jati Kedah manakala isterinya berasal dari Batu Pahat, Johor.

"Tak berkelip mata saya bila tengok balik kekacakkan saya lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.

Tahu-tahu dah lapan tahun, dua orang anak sihat dan saya pun makin sihat. Moha Allah panjangkan jodoh hingga ke Jannah.

FADZIL ZAHARI

SUAMI YANA SAMSUDIN

"Waktu itu saya tak fikir panjang dah, nak balik kampung raya jauh ke, highway 14 jam ke, saya tak peduli. Walaupun seorang utara, seorang selatan," katanya lagi.

Sementara itu, Fadzil turut meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata yang sihat dan mendoakan agar mahligai rumah tangga bersama Yana kekal hingga ke syurga.

Fadzil juga sempat berseloroh memberi pesan sekiranya mahu berkahwin dengan orang Johor, mereka perlu menyediakan sampul duit kerana perlu melalui 'tol' yang panjang.

Budaya orang Johor, pengantin lelaki perlu lalu 'tol' sebelum bertemu pengantin perempuan.

yana1 - 1

Budaya orang Johor, pengantin lelaki perlu lalu 'tol' sebelum bertemu pengantin perempuan.

"Tahu-tahu dah lapan tahun, dua orang anak sihat dan saya pun makin sihat. Moha Allah panjangkan jodoh hingga ke Jannah.

"Saya juga doakan kepada korang yang single berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.

“Nota kaki: Kahwin orang johor kena siap sedia sampul duit, kena tol panjang," katanya.

Untuk rekod, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran Aisy Mateen,7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain