PENAMPILAN penyanyi Baby Shima sering menjadi buah mulut netizen yang beranggapan pemilihan pakaiannya keterlaluan dan menjolok mata. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 28, dipuji peminat kerana mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab yang menutup dada. Penampilan Baby Shima dipuji peminat. "Selesai bergoyang Ya Habibi hari ini. Lain kali datang dulu sebelum berkata-kata," katanya. Difahamkan kemunculan Shima di Kuantan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti sebelum ini menerima kecaman ramai kerana dikatakan tidak menghormati sambutan Israk dan Mikraj. Shima memberitahu bahawa penampilannya pada acara itu atas kerelaanya sendiri bagi menghormati hari yang mulia untuk umat Islam. ARTIKEL BERKAITAN: “Masa mummy marah dulu saya diam saja”... Baby Shima sifatkan Mas Idayu juri yang jujur, tak ‘fake’ bagi komen ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berkopiah hantar mesej lucah, Baby Shima dakwa bukan fake account - “Memang dia sebab ada hantar gambar tengah...” Tambah Shima dia kecewa apabila ada pihak yang gemar mengecam terlebih dahulu sebelum melihat perkara itu sendiri. "Bila Shima dapat tahu ada acara dan sambutan Israk dan Mikraj, saya sendiri yang berpenampilan sebegini. Tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata sebelum melihat. Sampai ada yang berkata saya tidak menghormati hari mulia ini. "Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di bulan yang mulia ini. Sempena Israk dan Mikraj ini Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa," luahnya. Sempena Israk dan Mikraj ini Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa. BABY SHIMA PENYANYI Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Shima yang dilihat sopan terutama apabila menggayakan pakaian menutup aurat. "Masya Allah cantiknya, suka tengok Shima pakai macam ini. Manusia memang suka lihat keburukan orang tanpa melihat terlebih dahulu. "Kan cantik macam ini, tutup litup sopan dan sejuk mata memandang. Kalau boleh teruskan pakai macam ini. Baby Shima akui tahu hormat hari penting umat Islam. "Elok pun pakai macam ini tapi ayat itu biar ikhlas jangan nampak menyindir sangat," antara komen netizen. Sebelum ini, penampilan Baby Shima sering kali menjadi buah mulut netizen yang tidak senang melihatnya malah dia turut menerima pelbagai mesej dan gambar lucah disebabkan penampilannya itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!