suria

Afdlin Shauki kunci mulut tentang sudah ada teman wanita, hormat bekas isteri

Afdlin Shauki pilih kunci mulut tentang hubungan baharu.

PELAKON dan pengarah terkenal Datuk Afdlin Shauki masih belum bersedia untuk berkongsi kisah hubungan istimewanya bersama seorang wanita selepas setahun bergelar duda.

Afdlin, 52, berkata, dia enggan berkongsi perkara itu kerana menghormati bekas isterinya iaitu Maria Christina Orow Abdullah.

"Sebenarnya, saya masih tidak bersedia untuk bercakap apa-apa mengenai perkara ini (hubungan baharu).

Afdlin pilih kunci mulut tentang hubungan baharu.

"Pada saya, satu benda yang ingin ditekankan adalah saya masih menghormati bekas isteri," katanya.

Afdlin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Imaginur pada malam Isnin lalu.

Dalam pada itu, Afdlin berkata dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Maria walaupun mereka sudah tiada ikatan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhabis hampir setengah juta, Afdlin Shauki dah puas kumpul koleksi figura... Mahu jual kerana sudah tiada minat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita ni level buruh, cuma glamor” - Afdlin Shauki ulas isu artis kerja lebih masa, ‘otai’ tak pernah mengeluh

"Bagi memastikan semua benda berada dalam keadaan baik-baik sahaja, kami masih berhubung sehingga sekarang.

"Saya tetap memberikan nafkah kepada anak-anak dan dia (bekas isteri) kerana kami merupakan kawan baik.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya tetap akan berkongsi mengenai status terkini saya. Sekarang saya tidak bersedia lagi," katanya.

Untuk rekod, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Afdlin masih pilih hormat bekas isteri.

Bagaimanapun selepas hampir 25 tahun hidup bersama, pasangan tersebut memaklumkan sudah bercerai pada April 2022.

Dalam perkembangan lain, Afdlin yang memegang peranan sebagai Doktor Ramli dalam Imaginur berkata, menerusi filem itu penonton dapat melihat gaya percakapan tersendiri watak tersebut.

"Doktor Ramli yang diawal cerita mungkin bukan doktor sebenar, sebab itu saya memberi cadangan kepada Nik Amir untuk tampil dengan gaya percakapan yang menghiburkan," kongsinya.

Selain Afdlin, Imaginur turut dibintangi Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Mior, Datuk Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar.

Imaginur bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Februari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain