suria

Intan Najuwa kunci mulut sudah bertunang tapi mengaku sedang bahagia

Intan Najuwa mengaku sedang bahagia.

PELAKON Intan Najuwa belum bersedia untuk berkongsi hal peribadi susulan timbul dakwaan mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan individu bergelar Datuk.

Intan, 26, bagaimanapun tidak menyangkal dia kini dalam fasa bahagia dan akan berkongsi dengan semua pihak sekiranya ada khabar gembira.

"Ya! Saya dalam fasa bahagia. Buat masa ini saya belum bersedia untuk bercerita mengenai hal peribadi, belum masanya.

"Nanti Insya Allah kalau sudah ada masa yang betul dan sudah bersedia saya akan kongsi.

WhatsApp Image 2023-03-03 at 10.52.05 PM

Najuwa hanya akan berkongsi khabar gembira apabila sudah bersedia berbuat demikian.

"Minta maaf sangat, tolong doakan jodoh yang baik untuk saya. Sekarang ini saya tak mau berikan pengesahan atau pun apa-apa kenyataan. Tunggulah nanti. Bila sedia, saya sendiri yang akan kongsi," katanya kepada mStar.

Intan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa bertunang lagi, bakal suami berstatus Datuk

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin tidak ada sebarang kontroversi, Intan Najuwa hormat keputusan Yusuf Bahrin enggan bersentuhan

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia tidak pernah berasa serik untuk kembali mengejar bahagia meskipun pernah putus tunang sebelum ini.

Jelas Intan, apa yang berlaku sebelum ini dijadikan sebagai pengalaman selain mengajar dirinya atas tidak terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi kepada umum.

"Itu semua adalah pengalaman, disebabkan itu sekarang saya merasakan saya kena jaga privasi saya. Ia adalah salah satu cara saya untuk mengelak orang mengatakan perkara yang tidak baik mengenai saya, keluarga dan orang sekeliling.

Jadi apa yang saya boleh kongsi sekarang ini adalah mengenai karier ataupun perniagaan. Kalau mengenai peribadi, saya minta maaf sangat.

INTAN NAJUWA

PELAKON

"Jadi apa yang saya boleh kongsi sekarang ini adalah mengenai karier ataupun perniagaan. Kalau mengenai peribadi, saya minta maaf sangat," jelasnya.

Tambah Intan, dia juga tidak dapat menutup mulut orang lain yang ingin bercakap mengenai dirinya kerana sebagai seorang selebriti dia perlu terima situasi tersebut.

"Orang nak bercakap apa pun terpulanglah, saya tak boleh nak sekat atau cakap apa-apa. Masing-masing ada cara dan pendapat sendiri, saya tak marah, yang positif saya terima.

553

Intan mahu fokus kepada lakonan dan perniagaan.

"Sebab sebagai public figure, saya kena terima apa sahaja komen dari orang luar," katanya.

Baru-baru ini mStar melaporkan Intan dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk.

Sumber memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Untuk rekod, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan ekoran sudah tiada persefahaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain