suria

Selepas 12 tahun Syura timang bayi lelaki, beri nama Muhammad Umar Eussof

Syura dan suami teruja sambut kelahiran cahaya mata pertama bersama.

PENYANYI Syura selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, Johor pada pukul 9.01 malam, Isnin.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan secara normal dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Kata Syura, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.

syura 1

Suami Syura (kiri) turut sama berada di bilik bersalin menyambut kelahiran bayi mereka.

"Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.

"Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Syura berkata, dia dan suami iaitu Muhd Farizat, 29, sepakat memilih nama Muhammad Umar Eussof untuk bayi lelaki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syura bakal timang cahaya mata Mac 2023, suami tergamam dapat hadiah ‘romper’ dalam kotak

ARTIKEL BERKAITAN: Syura buat parti ‘gender reveal’, impian anak-anak dapat adik lelaki tercapai

Syura memberitahu suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.

Menurutnya lagi, dia dan suami akan berkongsi gambar bayi mereka itu untuk tatapan peminat dalam masa terdekat.

"Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami," ujarnya.

Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru

SYURA

PENYANYI

"Buat masa sekarang memang tak kongsi wajah anak. Kita pun tak mahu perkara tidak diingini berlaku. Tapi tidaklah saya akan sorok lama.

"Insya Allah kami akan kongsi bila tiba masa sesuai," jelasnya yang akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur.

Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut.

syura 3

Syura dan Farizat bersama tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain