suria

Pilih jalan damai, Fyna Jebat sedia duduk makan semeja dengan madu

Fyna Jebat enggan panjangkan isu pertelingkahan dengan madu.

PENYANYI Fyna Jebat mendedahkan memilih untuk berdamai dan enggan terus mengeruhkan keadaan dengan madunya iaitu Datin Zalina Zaini selepas hangat kontroversi pergaduhan mereka sebelum ini.

Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, bagaimanapun berkata, dia masih belum bersua muka dengan isteri pertama bekas pemain bola kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan itu.

Jelas Fyna, dia juga tidak keberatan sekiranya satu hari nanti dipertemukan dan duduk semeja dengan Zalina bagi mengeratkan silaturahim.

fyna 3

Fyna mahu hubungan dengan madu terus baik.

"Alhamdulillah (sudah berbaik)... ramai yang mendoakan kami. Teruskan doakan yang terbaik buat saya dan keluarga.

"Buat masa sekarang saya masih sibuk dengan kerja (belum bertemu Zalina). Tetapi saya tak kisah pun kalau satu hari nanti kami duduk makan semeja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku perang mulut, tarik rambut... Fyna Jebat didakwa kena serang madunya di kedai mamak

ARTIKEL BERKAITAN: Fyna Jebat lali kena kecam, suami beri lampu hijau terus aktif menyanyi - “Baik dan buruk saya ambil perbaiki diri”

Pada 23 Januari lalu, Fyna dan Zalina menjadi bualan hangat selepas berlaku insiden pergaduhan di antara mereka di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

Akibat pertengkaran tersebut, kedua-dua pihak dilaporkan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, selepas dua minggu, polis mengesahkan Fyna dan Zalina menarik semula laporan yang dibuat mereka.

Teruskan doakan yang terbaik buat saya dan keluarga.

FYNA JEBAT

PENYANYI

Sementara itu, kata Fyna, dia kini lebih berhati-hati dalam memberi sebarang komen berkaitan dirinya termasuk membalas sebarang kecaman di media sosial.

Disebabkan itu juga, dia memang tidak membaca sebarang komen berkaitan di media sosial dan tidak mengambil peduli tentang apa diperkatakan tentang dirinya.

"Terpulang kepada orang ramai nak cakap apa sekalipun. Saya memang tidak akan baca sebarang komen di media sosial.

IMG_3392

Fyna mohon doa terbaik untuk kebahagiaan keluarga.

"Saya akan sentiasa lebih berhati-hati di laman sosial termasuk dalam percakapan. Suami pun sentiasa memberi nasihat dan saya terima dengan baik," ujarnya.

Pada 9 Januari lalu, Fyna mengesahkan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC itu namun tidak mendedahkan butiran sebenar bila mereka melangsungkan pernikahan.

Untuk rekod, Zainal Abidin mendirikan rumah tangga dengan Zalina pada 1980 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain