suria

Hargai isteri sanggup susah senang bersama, Nazrief Nazri doa rumah tangga dijauhi penyondol

Nazrief bersama isteri dan anak lelaki mereka.

KAPSYEN ditulis pelakon Nazrief Nazri di Instagram bersempena ulang tahun kelahiran isterinya iaitu Aizatul Aqma Hamdan mengundang perhatian netizen.

Ramai tertarik dengan doa ditulis Nazrief memandangkan ia kebiasaannya dibaca oleh kaum wanita yang ingin melindungi rumah tangga mereka daripada gangguan pihak ketiga.

Bagaimanapun, Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 32, memohon agar rumah tangga mereka tidak diganggu penyondol dan 'serangga' perosak.

"Selamat hari ulang tahun kelahiran isteriku. Semoga taman syurga kita bebas dari babi yang menyondol dan serangga perosak. Amin," katanya.

nazrief2 - 1

Hantran instagram yang dimuat naik oleh Nazrief.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian rakan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana yang meninggalkan komen.

"Apa kapsyen kau," tulisnya.

Pelakon Cinta Bukan Kristal itu turut menjawab dalam nada gurauan bahawa dia mengambil iktibar dengan situasi yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkena jangkitan kuman dalam air kencing, Nazrief Nazri terus sunatkan bayi usia 2 bulan - "Kurang 24 jam baby saya dah okey"

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya potong tali pusat dan tengok dia keluar" - Nazrief Nazri syukur dapat teman isteri bersalin, sambut kelahiran bayi lelaki

"Puteri Sarah, ambil iktibar sis," balas Nazrief ringkas.

Sementara itu, Nazrief mengucapkan terima kasih buat Aizatul kerana telah menjadi isteri dan ibu terbaik buat keluarganya.

"Terima kasih sebab ada waktu susah dan senang. Awak adalah isteri terbaik dan ibu yang baik buat Noah (anak)," ujarnya.

Untuk rekod, Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain