suria

Dituduh persenda isu ‘work-life balance’, Amelia Henderson pertahan Janna Nick - “Dia tak gelakkan sesiapa”

Reaksi ketawa Janna menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

PANDANGAN dikemukakan pelakon Janna Nick ketika menjadi tetamu program Studio Sembang bersama Amelia Henderson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga nama kedua-dua selebriti itu trending di Twitter.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, yang berkongsi tentang keseimbangan hidup dan kerjaya berkata, tidak seperti kebanyakan generasi masa kini yang mempertikaikan perkara tersebut dia sibuk mengukuhkan kewangan sendiri dalam usaha mencapai keseimbangan itu.

"Generasi sekarang mahukan work life balance, saya ada semua itu masa umur 28 tahun sekarang... selepas ada sejumlah wang, dua buah rumah dan kereta.

janna 1

Janna berkongsi pendapat bagaimana dia bekerja kerasa untuk sampai ke tahap sekarang ini.

"Bukan nak berlagak tapi saya nak katakan lebih tenang sedikit selepas memperoleh sesuatu dalam hidup. Kecuali anda datang dari keluarga kaya atau nak kahwin dengan lelaki berada," katanya dalam temu bual berkenaan.

Bukan hanya pendapat tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, malah reaksi spontan Janna ketawa ketika melontarkan kata-kata juga membuatkan ramai tidak berpuas hati.

Rata-rata menganggap Janna tidak sensitif dengan keadaan semasa selain mengaitkan dirinya yang sebelum ini pernah mendedahkan mengalami tekanan akibat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa guna janji kalau berakhir curang” - Janna Nick ulas definisi cinta secara live, netizen kata ‘deep’ dan berani!

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson benci dipanggil janda, minta masyarakat jangan rendah martabat wanita

Tampil mempertahankan pandangan Janna, Amelia menjelaskan apa disuarakan Janna dalam temu bual tersebut adalah pendapatnya sendiri berdasarkan pengalaman peribadi yang dilalui sebelum ini.

Jelas Amelia lagi, Janna juga tidak mempersendakan sesiapa tentang isu tersebut apatah lagi pelakon itu pernah berdepan pelbagai situasi sukar sebelum berada ditahap sekarang.

"Janna tidak gelakkan sesiapa yang nak capai work life balance. Dia ketawa kerana dia tahu kerja yang perlu dia buat untuk capai keseimbangan dalam hidup sendiri.

Kita semua ada pendapat sendiri. Ada yang tidak mengejar matlamat dalam hidup, itu bukan masalah

AMELIA HENDERSON

PELAKON/PENGACARA

"Apabila kita datang dari latar belakang kewangan yang susah, sebelum ada ruang nak fikir keseimbangan hidup kena fikir dahulu soal menyara keluarga. Itu yang dia maksudkan," jelasnya.

Setuju dengan pendapat yang dikemukakan Janna, Amelia bagaimanapun memberitahu ia tidak semestinya perlu menjadi ikutan orang lain dan episod berkenaan adalah berkisar tentang kehidupan pelakon tersebut.

janna 3

Episod Studio Sembang bersama Janna mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan penonton.

"Kita semua ada pendapat sendiri. Ada yang tidak mengejar matlamat dalam hidup, itu bukan masalah. Tapi episod ini fasal Janna, hidupnya dan perjalanan dia sendiri.

"Saya setuju apa yang diperkatakan mungkin ada yang mempunyai pendapat sama. Ambil yang bermanfaat sahaja.

"Anda ada hak untuk memberi pendapat. Ini adalah salah satu pendapat dan jika tidak sesuai dengan anda maka tidak mengapa. Tiada siapa yang paksa untuk semua setuju," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain