suria

Ibu mentua minta Puteri Sarah sabar dan ikhlas, yakin kebahagiaan datang menanti

Ibu Syamsul memberi sokongan penuh buat Puteri Sarah.

SUSULAN pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana sudah sepakat untuk bercerai 18 April ini, ibunya sempat memberikan kata-kata semangat buat menantu kesayangannya itu.

Datin Patimah Ismail menerusi hantaran di Instastory meminta aktres itu menjadikan sabar dan ikhlas sebagai penguat hati selain percaya kebahagiaan akan datang menantinya selepas ini.

"Kita hanya mampu merancang namun takdir Allah adalah segalanya.

"Inilah jalan kehidupan yang harus kita jalani walaupun pahit dan manis terus bersilih berganti.

patimah3 - 1

Perkongsian Patimah di Instastory.

"Jadi sabar dan ikhlas sebagai penguat hati. Insya Allah kebahagiaan akan datang menanti," katanya.

Dalam pada itu, Patimah turut memuat naik foto cucu-cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan titipan doa buat ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rundingan buntu... Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya sepakat untuk bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami ada 3 menantu hebat, cukuplah..." - Ibu Syamsul Yusof puji menantu, senarai nama termasuk Puteri Sarah

"Ya Allah, kau berilah ketenangan dan kesabaran kepada ibu mereka, sembuhkan luka di hatinya, agar ada yang ikhlas menyayangi mereka," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik sewaktu menghadiri keputusan rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

patimah2 - 1

Puteri Sarah tetap pendirian inginkan penceraian.

Sebelum ini, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal menemui jalan penyelesaian ekoran Puteri Sarah tetap mahu meneruskan penceraian.

Syamsul pada 21 Mac lalu memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah iaitu tiga hari sebelum mereka bertemu untuk proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain